"Nak Buat Apa" - MInta Pinjam 3K Semata-Mata Nak Raya Sakan Buatkan Usahawan Ini Rasa Jelak
# Trending Semasa

"Nak Buat Apa" - MInta Pinjam 3K Semata-Mata Nak Raya Sakan Buatkan Usahawan Ini Rasa Jelak

post by Izuan

by Izuan

Jun 14, 2016
pada 9:05 AM

Bila dah sampai bulan puasa ini, perkara utama yang terlintasdifikiran adalah sambutan hari raya. Biasalah hari mulia itu cuma datang setahun sekali sehaja, jadi ramai yang berkerumun dan berpulun mendapatkan pendapatan lebih bagi menampung perbelanjaan hari raya mereka.

Namun begitu, bukan semua orang bernasib baik seperti kita, ada yang menyambut dengan kesederhanaan sahaja, bahkan ada juga segelintir sikap orang kita yang 'tak nak kalah' bila hari raya menjelma. Sanggup melakukan apa sahaja bagi menampakkan mereka bergaya walau hakikatnya mereka tidak semampu mana yang kita lihat dengan mata kasar. 

Sepatutnya, cukuplah sekadar memenuhi keperluan, tak perlu menyeksa diri semata-mata untuk hari raya. Pengalaman usahawan ini yang pernah berada di dalam kesusahan sualtu ketika dahulu membuatkan dirinya merasa jelak dan pelik dengan golongan manusia yang tak sedar diri ini.

 Mintak nak pinjam 3k sebab nak buat persiapan raya. Aku tak reply.

 

Aku pelik persiapan raya sampai 3k dalam keadaan kita sedang tak mampu, perlu ke?

Tahun paling susah yang boleh aku ingat...Lusa dah nak raya tapi keadaan dalam rumah macam takde pikir nak sambut lansung.

Kenapa lah nak menyeksa diri nak siapkan segala benda sampai nak berhutang?