Kalau ada 5 Tanda NI Maknanya Korang Dah Lepas Interview Wei! Daebak!
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Kalau ada 5 Tanda NI Maknanya Korang Dah Lepas Interview Wei! Daebak!

post by MJ

by MJ

Jun 7, 2022
pada 8:09 AM

Kalau ada 5 Tanda NI Maknanya Korang Dah Lepas Interview Wei! Daebak!

Normal bila interview tu kita mesti nak tahu semuanya berjalan lancar atau tidak. Sebenarnya ada banyak tanda korang boleh tengok tau untuk tahu temuduga korang tu berjalan dengan lancar ataupun tidak. 

Cuba korang ingat balik temuduga korang ada tak 5 tanda tanda penting ni. Kalau ada insha allah korang ada peluang untuk lepas Interview tak?

 

1. Sesi temuduga lebih lama daripada calon sebelumnya.

Setiap orang calon semasa sesi temuduga mempunyai jangka masa yang berlainan. Sementara anda tunggu tu pasti anda akan lihat calon lain dipanggil masuk dalam bilik interview tu kan. Cuba korang bezakan sama ada waktu anda di temuduga berlainan atau tidak dengan calon lain. Lebih lama anda ditemuduga lagi cerah peluang anda untuk dapat kerja tu.

 

2. Penemuduga akan tanya bila tarikh masuk bekerja

Jika penemuduga tanya kepada anda bila tarikh anda boleh lapor diri, itu merupakan satu tanya yang mereka berminat untuk bekerja dengan anda dan merasakan anda sesuai dengan jawatan yang anda mohon itu. So bila ditanya begini korang jujur dan beritahu sahaja bila tarikh yang sesuai untuk anda mula bertugas.

 

3. Penemuduga bertanya anda jika anda ada mohon di syarikat yang lain.

Ada 2 sebab anda anda ditanya soalan begini, yang pertama ada disebabkan banyak permohonan untuk jawatan tersebut, kedua adalah mereka takut jika anda terlepas ke syarikat lain dan ingin menawarkan jawatan tersebut kepada anda. 

 

4. Penemuduga kelihatan mesra dan teruja semasa interview.

Cuba anda lihat pada respon penemuduga sewaktu interview tu, happy ke tak? Jika ya maka mereka berasa selesa dengan anda dan anda mempunyai peluang untuk dapat jawatan yang dimohon itu. 

 

5. Temuduga diakhiri dengan perancangan tentang kerja dimohon

Jika habis sahaja interview, penemuduga kongsikan proses dimana apa anda perlu lakukan seperti mengisi maklumat yang lebih maka itu bermakna nama anda telah di senarai pendek untuk jawatan itu. 

 

Semoga anda berjaya dengan temuduga anda nanti! Jangan lupa kongsikan kepada rakan anda yang tengah atau bakal menghadiri temuduga pada masa akan datang.