5 Jenis Pekerjaan Pelik Di Dunia Yang Korang Tak Pernah Dengar
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

5 Jenis Pekerjaan Pelik Di Dunia Yang Korang Tak Pernah Dengar

post by MJ

by MJ

Jun 22, 2022
pada 3:39 PM

Kerja sebagai peguam, guru, doktor semuanya pekerjaan yang sudah biasa kita dengar kan? Dan rata-rata tempat ada pekerjaan yang sama sahaja kerana ianya common. Tetapi pernah tak korang terdengar nama pekerjaan yang pelik dan jarang didengari? Lain tempat ada lain kerja yang boleh dikatakan unik dan hanya di tempat itu sahaja atas faktor budaya dan bermacam lagi. Berikut adalah beberapa nama pekerjaan yang unik dan jarang sekali didengari:

1. Brazilian churrasqueiro atau chef steak 

Di Brazil memanggang daging memang diambil secara serious dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Mereka amat serious mengenai chef yang memasak steak atau digelar sebagai churrasqueiro ini sehinggakan mereka berjaya mendapatkan US Court mengiktiraf pekerjaan ini sebagai pekerja yang berilmu dan berkemahiran tinggi. Haa, tengok betapa hebatnya kerja ini sehinggakan diiktiraf sebagai specialize dalam pembuatan steak tau.

2. Engineer rumah salji di Finland

Kalau korang rasa kerja engineer ni hanya pada pembuatan, oil and gas atau yang selalu didengari sahaja, tetapi ianya tidaka di Finland. Mereka ada kerrja sebagai engineer pembuat rumah salji tau! Wah.. seriousnya pembuatan rumah salji ni. Setiap kali musim salji, mereka akan membina sebuah rumah salji yang amat besar, lengkap dengan hotel, restoran dan ianya seakan istana dan memang orang boleh duduk di dalam rumah salji tersebut. 

Kerana ianya satu pembinaan berskala besar, maka memang diperlukan lah engineer dalam pembuatan rumah salji untuk membuat pengiraan dan rekaan agar ianya kukuh untuk pelancong serta masyarakat tempatan.

3. Santa Claus wujud di Finland?

Lagi satu kerja yang unik dan memang hanya wujud di Finland adalah sebagai Santa Claus. Betul, Santa Claus ini wujud dan tinggal di Finnish Lapland, serta mempunyai kampungnya tersendiri yang berdekatan dengan Rovaniemi. Kerja dia bukan suka-suka tau, kerana sepanjang tahun sebelum Krismas menjelma, dia akan sibuk menulis surat untuk kesemua kanak-kanak di serata dunia. 

Menariknya adalah Santa Claus ini mempunyai pejabat pos dia tersendiri memandangkan dia perlu menghantar surat yang banyak setiap hari. Kanak-kanak tidak perlu risau, kerana sudah menjadi kerja dia untuk membalas surat satu persatu apa yang dihantar oleh kanak-kanak.

4. Pembersih najis secara manual di India

Kalau engineer rumah salji atau Santa Claus sudah unik buat korang semua, di India ini ada satu pekerjaan yang amat membuatkan korang terperanjat. Ianya satu kerja yang memang semua orang akan elak dan tidak sanggup untuk lakukannya. Di India, mereka ada pembersih najis secara manual, yang menggunakan tangan mereka sendiri untuk membersih sisa-sisa najis.

Mereka-mereka ini akan membersihkan sisa najis manusia dari tandas-tandas di sekitar. Menggunakan hanya tangan, mereka akan mengumpul dan memasukkan daalm bekas sebelum di buang. Tangan akan tinggal sisa bauan untuk tempoh yang lama.

5. Peramal masa depan secara tradisional

Di sebuah perkampungan di Tamil Nadu, wujud satu pekerjaan sebagai peramal masa depan. Kalau kita selalu lihat di dalam movie, kebiasaanya wanita yanng menjadi peramal masa depan akan membaca nasib seseorang menggunakan kad terup atau glob bola. Bukan di Tamil Nadu, cara mereka amat tradisional dan ianya adalah pekerjaan persendirian. Lelaki ini akan ditemani oleh seekor lembu yang dihias dan berjalan seluruh kampung.

Lembunya digelar sebagai Boom  Boom maadu dan mereka akan mengetuk rumah satu persatu dan memberi ramalan hidup. Jika ianya sesuatu yang baik dan positif, maka orang rumah tersebut akan memberikan makanan kepada peramal serta lembunya.