Jangan 'Over Confident' Guna 5 Jenis Perkataan Ni Waktu Interview, Menyampah Terus Penemuduga
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Jangan 'Over Confident' Guna 5 Jenis Perkataan Ni Waktu Interview, Menyampah Terus Penemuduga

post by MJ

by MJ

Jun 29, 2022
pada 2:29 PM

Rasa cukup hebat lah dengan resume tip-top, kelayakan dan kemahiran kerja cantik, tapi kalau korang silap cakap atau selalu sangat guna ayat-ayat ni dengan penemuduga diorang pun menyampah nak dengar. confident betul!

Jangan ambil mudah dengan perkataan yang korang gunakan sewaktu temuduga, semuanya beri impak dan persepsi berbeza-beza. 

1. umermhmm, aaa, - bosan dengar

Perkataan-perkataan ni lah yang paling bahaya dan boleh kurangkan peluang korang untuk diambil bekerja dengan syarikat tersebut. Bila dah banyak kali korang gunakan perkataan sebegini, penemuduga akan terus ada persepsi yang korang ni tiada keyakinan untuk pikul tanggungjawab jawatan kosong tersebut. 

Kalau boleh elak ya daripada selalu gunakan perkataan ni sewaktu temuduga, cakap dan tampil dengan penuh keyakinan barulah majikan suka!

2. Al-kisah sedih kerja sebelum ni

Sebab utama korang menganggur setelah sekian lamanya mesti penuh tragis kan? Mungkin dianiaya rakan sekerja, Boss pecat tanpa sebab, masalah keluarga dan sebagainya. Kalau nak disenaraikan satu per satu memang banyak. 

Semua orang ada sejarah hitam sewaktu bekerja, samada teruk atau tidak je. Bakal majikan akan anggap korang ni nak raih simpati dengan cerita sedih korang tu. 

3. Ayat bombastic habis

Semata-mata nak rasa confident, korang pun gunalah ayat atau perkataan-perkataan bombastic yang 'vass' tu sewaktu temuduga. Wah impressive kan? Tapi rasanya mereka ni faham tak ayat yang korang Google Translate tu? 

Cukup sekadar gunakan ayat yang simple dan concise serta senang untuk korang berkomunikasi kan?

4. Tak habis-habis "Duit," "gaji," "berapa bayaran," "benefit," ​

Kalau dah dalam mindset korang asyik dahulukan gaji, duit, overtime je berbanding dengan kerja, majikan pun naik muak sebab ianya dah cukup gambarkan korang ni bukannya nak sangat kerja tapi lebih pentingkan gaji. Kalau boleh janganlah terlalu excited sangat bincang tentang gaji, biar bakal majikan yang open dahulu offer pada korang.