Jangan Pakai ‘Sign’ Je Kontrak Kerja. Semak Dulu Ada Tak 6 Perkara Penting Dan Wajib Ini?
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Jangan Pakai ‘Sign’ Je Kontrak Kerja. Semak Dulu Ada Tak 6 Perkara Penting Dan Wajib Ini?

post by MJ

by MJ

Jul 2, 2022
pada 7:24 AM

Siapa je tak happy bila masuk kerja kan. Dalam hati kemain melompat lompat happy. Dalam pada happy happy, korang pun kene lah berhati hati. Jangan lah main sign je kontrak kerja. Baca dulu okay. Dapat kerja ni macam dapat bini la. Salah pilih, PENING!

Baca dulu apa isi dalam kontrak tu, banyak isu terjadi dimana pekerja ambil mudah je dengan kontrak kerja dan tak baca pun terus je tandatangan. Kemudian hari bila sesuatu masalah terjadi tak boleh nak persoalkan sebab dah tertulis dalam kontrak. Jadi ini adalah 6 perkara penting yang WAJIB ada dalam kontrak kerja korang tu:

1. Kontrak korang di bawah syarikat apa?

Kebiasaannya awal-awal kontrak lagi sudah tertulis nama pihak yang korang terikat kontrak ini. Boleh jadi nama syarikat tersebut atau nama sebarang pihak. Jadi pihak ini lah yang bertanggungjawab atas korang sepanjang tempoh bekerja dank orang juga perlu berkhidmat untuk pihak tersebut sepanjang bekerja.

 

2.  Apa tugas kerja korang dan apa pulangan yang korang dapat?

Tugas kerja korang memang patut dijelaskan dalam kontrak kerja agar tidak berlaku sebarang kekeliruan. Penting untuk korang baca dengan teliti agar tidak tertipu dikemudian hari dan pastikan ianya tepat.

Kontrak juga akan jelaskan beraa gaji yang korang patut terima dan apakah manfaat lain yang korang berhak untuk dapat. Perlu ada gaji, sebarang insurans, elaun, komisyen, kenaikan gaji, bonus dan semua yang penting. Perhatikan ada tak dijelaskan syarat-syarat?

 

3.  Adakah korang terikat dalam sebarang exclusive relationship?

Dalam kontrak kerja ni biasanya di awal perenggan lagi sudah nyatakan nama jawatan yang disandang dan adakah ianya kerja tetap/kontrak/ sambilan? Bukan itu je, kontrak kerja ini juga ada menjelaskan bahawa korang dibenarkan untuk berkhidmat untuk pihak lain atau pun tidak.

Maksud yang mudah adalah adakah korang dibenarkan untuk melakukan kerja lain sewaktu terikat dengan kontrak kerja ini? Ini semua perlu ada dalam kontrak agar tidak berlaku sebarang kekeliruan.

 

4.  Bagaimanakah status kerja korang boleh ditamatkan?

3 cara paling biasa bagaimana seseorang pekerja itu boleh ditamatkan kontrak adalah pertama melalui ‘just cause’ iaitu dimana majikan menghentikan pekerja atas sebab-sebab tertentu. Sebagai contoh, korang melanggar kontrak dengan mencuri, aktiviti haram dan kontrak memang akan ditamatkan.

Keduanya adalah “without cause” iaitu status kerja tamat sebegitu sahaja tanpa sebarang sebab. Iannya berlaku dimana majikan mahu downsize company atau juga pekerja tersebut tidak layak untuk bekerja di situ.

Terakhir sekali adalah apabila pekerja sendiri tersebut yang meletak jawatan. Jika ini berlaku, ada kemungkinan korang tidak dapat merasai sebarang manfaat kerja.

 

5.  Apa pampasan yang bakal korang dapat kalau berhenti kerja?

Korang perlu tahu apa manfaat yang disediakan oleh syarikat jika berhenti kerja. Boleh jadi dalam bentuk pampasan duit dan sebagainya. Jadi semuanya perlu ada siap-siap ditulis dalam kontrak jadi bila korang berhenti kerja nanti tidak lah timbul konflik seperti ditipu dan sebagainya. Ada bukti kontrak kerja yang korang boleh tunjuk.

 

6.  Bagaimana proses selepas berhenti kerja? 

Korang mungkin sudah pun berhenti kerja, tetapi mungkin masih lagi terikat dalam kontrak terutama sekali jika kontrak kerja mengandungi non-compete serta non-solicitation clauses. 

Mengikut non-compete, ianya membawa maksud bahawa korang dihalang daripada mengambil sebarang kerja dalam industri yang sama untuk satu jangka masa yang tertentu selepas berhenti. Non-solicitation pula menghalang korang daripada mengambil pelanggan atau clinet daripada majikan terdahulu atau juga pekerja di office untuk ditarik bekerja bersama-sama selepas meninggalkan company.

Lihat, bagaimana pentingnya kontrak kerja ni. Walaupun ianya hanyalah satu dokumen tetapi ia membawa maksud yang cukup penting dan kerjaya anda bergantung atas kontrak kerja ini. Jadi untuk fresh graduate di luar sana, jangan sewenang-wenangnya tandatangan dokumen tanpa membacanya dahulu. Kelak, jika berlaku sebarang masalah korang tidak lah tertipu dan boleh pertahankan hak sebagai pekerja.