5 Statement Biadap Yang Cukup Pantang Sekali Disebut Sewaktu Temuduga Kerja
# Pengetahuan Interview

5 Statement Biadap Yang Cukup Pantang Sekali Disebut Sewaktu Temuduga Kerja

post by MJ

by MJ

Jul 3, 2022
pada 7:34 AM

Kalau nak rosakkan sesuatu temuduga kerja tu senang je sebenarnya. Cuma perlu tunjukkan sikap-sikap yang tak berhemah mesti penemuduga terus kick korang keluar daripada bilik interview tu.

Tapi ada juga cara halus yang korang tak perasan boleh buatkan permohonan korang tu ditendang. Ada beberapa frasa atau ayat yang memang pantang sekali digunapakai sewaktu temuduga kerja kalau tak nak permohonan korang ditolak. 

1. "Tinggalkan kerja lama sebab tak suka lah persekitaran/orangnya yang macam toksik!"

Jangan sesekali merungut atau bercakap buruk mengenai kerja lama korang dekat bakal majikan sewaktu temuduga kerja. Ada majikan yang mengatakan mereka mahu mencari calon yang berfikiran positif, bukannya dari awal lagi sudah ada mindset buruk. Memang confirm kena 'tendang' saat korang buka mulut dan mengutuk majikan lama.

Sebenarnya ini lah ungkapan yang paling tidak digemari oleh penemuduga tahu tak? Kalau boleh mereka mahu ambil calon pekerja  yang berhenti kerja secara aman tanpa sebarang kes yang sulit.

2. "Tadi nak datang sini sesaknya jalan macam s***"

Satu ayat je untuk korang yang suka mencarut walaupun sewaktu temuduga kerja ni, bye! bye! Memang salah la percaturan korang untuk nak menggunakan kata kesat di waktu dan tempat yang salah. 

3. "Saya dah banyak bertukar kerja sebab saya tak jumpa lagi kerja yang ngam dengan diri saya"

Ayat statement sebegini menunjukkan yang maccam korang ni tak ada  hala tujuan atau direction dalam hidup. Sekali je korang cakap sebegini, pasti penemuduga akan terfikir "macam mana dia nak tahu yang jawatan ini yang dicari selama ini?" 

4. "Company ni sebenarnya buat apa? Dekat mana HQ?"

Ini adalah peraturan yang paling basic dan common sewaktu temuduga kerja, jangan tanya soalan yanng korang boleh Google sendiri. Sepatutnya sebelum datang interview lagi korang dah siapkan diri dengan kesemua maklumat yang diperlukan. Sebab itu lah pentingnya untuk buat homework sebelum temuduga kerja.

5. "Memang dah biasa kerja sendiri sebab sebelum ni saya kerja sebagai manager"

Amboi berlagaknya dia waktu interview lagi dah cakap besar pasal kerja lama. Jangan sesekali tunjukkan pencapaian korang terutama sekali bila ianya pencapaian secara berkumpulan tetapi korang ambil kredit semuanya. Majikan mahukan calon yang bersifat sebagai leader bukannya mementingkan diri sendiri.