HR Berang Terlalu Ramai Graduan Tidak Berkualiti. "Tak Hairan Kenapa Ramai Yang Menganggur" - HR
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

HR Berang Terlalu Ramai Graduan Tidak Berkualiti. "Tak Hairan Kenapa Ramai Yang Menganggur" - HR

post by MJ

by MJ

Jul 25, 2022
pada 9:04 AM

Nak cari kerja ni memerlukan proses yang sangat lah lama. Ini adalah disebabkan oleh, nak tengok resume, filter dan sebangainya lagi. Dari side pencari kerja sudah pastilah kene buat resume, sent resume, follow up sampai lah temuduga semuanya akan dinilai! Tak dinafikan banyak tips zaman sekarang ni korang boleh baca, tetapi pasti akan ada kesilapan yang dilakukan!

"Believe it or not, 9 out of 10 candidates yang saya interview akan jawab hobi dorang ialah membaca. Kita sekarang tengah interview untuk jawatan pengawas kat sekolah ke apa? Jika betul pun hobi korang membaca, korang langsung la takde effort nak elaborate benda tu. Just jawab sepatah je. Membaca, Come on, guys. Make yourself interesting! Shine your personality! Show em what you got! What differs you from other candidates!" - HR

"Saya tak hairan kenapa ramai yang unemployed jika kualiti graduates kita memang sebegini rupa"

Kali ini kita akan dengarkan pula 5 tips interview daripada seorang staff yang bekerja di bahagian HR. Walaupun kelima-lima tips ini dianggap sebagai common sense, tapi masih ada lagi calon yang tidak apply sewaktu interview!


Cara terbaru mohon kerja! Korang hanya perlu upload resume, dan majikan sendiri akan hubungi korang tahu tak! KLIK SINI UNTUK UPLOAD


Salam. Saya bekerja di sebuah Syarikat. bahagian HR. Ada banyak sesi interview yang saya dah lalui dan di sini saya nak bagi tips untuk tatapan semua bakal employees sekalian. Kebanyakan semua tips ni common sense tapi percayalah, 90% interviewee tetap tak praktikkan benda ni.

1) Jangan tunjuk sikap malu anda
Walaupun anda memang pemalu habis, tapi tolong la. suara kena la jelas. Tone suara anda mestilah yakin. Practise selalu depan cermin. Maintain eye contact dengan interviewer anda. Kebanyakan candidate, suara tu kalau boleh memang nak simpan sendiri ke apa. dah la perlahan, apa yang disebut pun tak jelas, siap tersekat-sekat lagi.

2) Kuasai bahasa Inggeris
Dah tahun berapa ni wei, takde alasan kalau korang gagal dalam benda ni. Pelbagai cara nak kuasai English. Dalam internet tu berlambak. Tolong la rajinkan diri anda. Grammar tak perfect, saya boleh lah nak kasi chance, tapi kebanyakan saya jumpa, cakap ayat in basic English pun berterabur.

3) Jawab soalan dengan details
Bila anda ditanya soalan tu, jangan jawab secara generalized je, Anda bayangkan, yang candidate ada beratus orang, selalunya employer akan tanya soalan yg sama je untuk setiap candidate. Tapi bila semua jawab jawapan serupa bikin, sangat general, mana employer tak tension wei! Setiap soalan yg ditanya tu, employer memang betul2 nak input dari jawapan anda. Kalau general je jawapannya, input pun takde, budak tadika pun boleh jawab macam tu.

4) Research mengenai industry/company
YES. Paling penting tapi 99% tak buat benda ni. Anda datang interview tapi anda zero knowledge pasal industry tu. Ni bukan tahun 80-90an. Sekarang info semua ada kat internet. Jika anda setakat google alamat company je, better takyah la apply. Tunjuk la korang punya passion, minat anda terhadap company tu. Macam mana company nak hire, jika basic info pun korang ZERO?

5) Personality
Believe it or not, 9 out of 10 candidates yang saya interview akan jawab hobi dorang ialah membaca. Kita sekarang tengah interview untuk jawatan pengawas kat sekolah ke apa? Jika betul pun hobi korang membaca, korang langsung la takde effort nak elaborate benda tu. Just jawab sepatah je. Membaca, Come on, guys. Make yourself interesting! Shine your personality! Show em what you got! What differs you from other candidates!

Saya tak hairan kenapa ramai yang unemployed jika kualiti graduates kita memang sebegini rupa.

Wow! Pedas betul kata-kata yang dilontarkan oleh beliau. Tapi nak buat macam mana, dah memang betul pun, kan? Kalau masa nak apply kerja pun korang buat main-main dan tak boleh nak score, memang sampai bila-bilalah takkan ada majikan yang nak ambil korang bekerja tau!


Cara terbaru mohon kerja! Korang hanya perlu upload resume, dan majikan sendiri akan hubungi korang tahu tak! KLIK SINI UNTUK UPLOAD