Dokumen Yang Paling Tak Berguna Dan Jangan Sesekali Bawak Ke Interview
# Pengetahuan Interview

Dokumen Yang Paling Tak Berguna Dan Jangan Sesekali Bawak Ke Interview

post by MJ

by MJ

May 30, 2023
pada 10:57 AM

Yes, betul semasa interview ni kita ibarat menjual diri. Semua benda kene tayang kene tunjuk. Tapi kene faham. Tak semua boleh masuk dengan apa yang korang interview tu. Tunjukkan dokumen yang lebih berkaitan dari dokumen tah apa apa. Segala pencapaian dalam dunia pekerjaan yang relate dengan bidang yang dimohon takpelah nak tunjuk supaya boleh kukuhkan diri.

Mungkin korang tak percaya, tapi realitinya ramai okay! Jangan sesekali bawa dokumen ini ke interview.. Tapi sebelum tu. Cara terbaru mohon kerja! Korang hanya perlu upload resume, dan majikan sendiri akan hubungi korang tahu tak! KLIK SINI UNTUK UPLOAD 

1. Slip Keputusan Setiap Semester

Memang diperlukan sewaktu interview, tapi jangan sampai slip keputusan setiap semestar anda lampirkan, cukup hanya sekadar transkrip sahaja. Ia membuatkan majikan naik rimas untuk lihat.

Kalau perasan majoriti majikan tak pandang pun semua tu, buat malu nak tunjuk lagi-lagi kalau anda pernah gagal dalam matapelajaran tersebut. Kalau boleh padatkan semuanya dalam satu fail, transkrip dah memadai untuk melihat keputusan anda 

2. Sijil-Sijil Sewaktu Sekolah

Tak perlu bawa semua sijil-sijil ini, majikan tak pandang pun. Segala sijil aktiviti kokurikulum, sijil pertandingan sekolah sampai ke kolej semua tu tak menyumbang apa-apa dalam menarik perhatian majikan. Waktu kolej sudah memadai bahawa anda ini seorang yang produkif.

Lain-lain sijil seperti ujian lisan, sijil berhenti sekolah pun jangan lampirkan cukup sekadar sijil keputusan SPM sahaja! Mungkin anda anggap lagi banyak sijil lagi suka majikan tengok, tanggapan itu salah! Zaman sekarang majikan mahukan sesuatu yang ringkas tapi padat! 

3. Keputusan UPSR & PMR

Sijil SPM sudah memadai untuk menjelaskan bahawa anda merupakan bekas pelajar di sekolah tersebut. Sebenarnya sijil SPM pun belum tentu lagi majikan nak tengok, sebab majikan lebih highlight kan pencapaian atau keputusan sewaktu kolej. Sekolah punya, pandang sebelah mata pun mereka tak sudi. 

4. Sijil AJK Kelab Persatuan

Tak kisahlah yang anda ni Mat Belia ke, AJK kelab tarian daerah Gombak ke, semua tu tak penting kepada majikan. Apa yang kroang tunjukkan semua ini hanya jadi bahan lawak mereka sahaja.

Rasanya kami dah pesan banyak kali, tetapi masih ada lagi yang melakukan perkara sedemikian. Ia amat memalukan! jadi, jangan habiskan masa anda untuk geledah semua sijil-sijil 'picisan' yang anda 

5. Sijil Penyertaan

"Menang pun tak itu pun nak show off" Itu yang akan terlintas dalam pemikiran majikan saat temuduga dijalankan, segala penglibatan dalam acara di kolej semua tu tak begitu menarik perhatian penemuduga apatah lagi waktu sekolah.

Jangan buang masa anda untuk tunjuk semua ini, membazir sahaja. Kami cadangkan habiskan masa anda untuk mencantikkan susuan resume dan tunjuk showreel kalau perlu untuk meyakinkan majikan.


Cara terbaru mohon kerja! Korang hanya perlu upload resume, dan majikan sendiri akan hubungi korang tahu tak! KLIK SINI UNTUK UPLOAD