3 Ayat Ni Kalau HR Cakap Masa Interview, Sah Korang Gagal Interview!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

3 Ayat Ni Kalau HR Cakap Masa Interview, Sah Korang Gagal Interview!

post by MJ

by MJ

Aug 8, 2022
pada 11:31 AM

Siapa je tak berdebar kan masa interview. Kadang tu tak tahu la dapat kerja ke tak. Balik rumah terfikir yang bukan bukan. Perkongsian ini bukanlahnak patahkan semangat korang. tapi lebih kepada nak bagi panduan atau rujukan biar senang nak baiki kesilapan masa interview masa akan datang.

Contoh ayat ayat dia macam ni-

1. "Boleh Saya Bagi Nasihat?"

Nasihat atau teguran daripada interviewer sebenarnya adalah perkara yang tak enak dalam sesi tersebut, ini kerana majikan dah mula rasa jelak dengan cara anda beri jawapan. Cara 'goreng-goreng' jawapan untuk selingkuh daripada menjawab pertanyaan interviewer tu dah tak relevan lagi. Konsep industri sekarang mahukan sesuatu yang simple tapi padat!

Penyelesaian :

Bagaimanapun, ambil nasihat tersebut dengan hati terbuka, kerana ia adalah salah satu tips yang anda dah perolehi untuk sesi interview di syarikat lain pada masa akan datang.

2. "Nanti Kami Akan Hubungi Awak"

Biasanya inilah jawapan yang paling ditakuti oleh setiap calon di akhir temuduga, sebenarnya mana-mana calon pun akan mendapat respon begini daripada mereka cuba keadaan masa interview tu yang akan memberikan petanda jika majikan tak berkenan. Misalnya, jika interviewer banyak tanya dan suka berborak, mungkin mereka berkenan.

Tapi jika interviewer sendiri yang pasif seperti prestasi anda, maknanya harapan nak dapat itu memang tipis. Mungkin anda kurang jelas samada diri anda menepati kepuasan interviewer atau tidak, jadi langkah yang perlu dilakukan adalah tanya samada anda dimaklumkan oleh interviewer samada diterima atau tidak, dan bila anda akan dihubungi.

Penyelesaian :

Biasanya majikan akan jawab "jika anda terpilih kami akan hubungi, dalam masa seminggu" dari situ anda boleh tahu jika tidak dihubungi, maknanya tak terpilih, sekurang-kurangnya dapatlah tahu respon mereka daripada status permohonan macam bergantung tak bertali kan?

3. "Layak Ke Untuk Jawatan Ini"

Sebenarnya, interviewer sedang bersikap sarkastik dengan anda kerana mereka rasa anda tidak menepati ciri-ciri yang syarikat inginkan. Cuma mereka sedang berkias dengan anda, tapi janganlah rasa 'down' kebarangkalian anda boleh raih kepercayaan mereka, bagaimana?

Penyelesaian :

Caranya mudah sahaja, anda kena bersikap jujur dan berikan contoh yang paling tepat dengan kerja yang dimohon,  jangan cuba-cuba berdalih kerana majikan akan semak reference dalam resume anda untuk dapatkan kepastian.

Jika kata-kata ini yang anda dengari semasa interview, dinasihati agar tidak menaruh harapan tinggi kerana anda mungkin gagal untuk dipilih bekerja disitu. Tapi, mungkin masih ada harapan, cuma berserah pada nasib sebab anda dah buat yang terbaik.


So kepada korang yang sedang mencari pekerjaan, jangan pening pening lalat. Korang guna je Teknologi AI dari Maukerja ni, pencarian kerja korang lebih mudah dan cepat! Korang just letak resume, AI akan menyenaraikan kerja yang bersesuaian dengan anda!