5 Anak Muda Ini Buktikan Yang Korang Boleh Berjaya Dalam Apa-Apa Bidang Sekalipun
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup

5 Anak Muda Ini Buktikan Yang Korang Boleh Berjaya Dalam Apa-Apa Bidang Sekalipun

post by Aisya

by Aisya

Jun 17, 2016
pada 3:20 AM

Kejayaan itu bukannya diukur apabila korang berjaya dapatkan kerja dalam bidang yang sama korang belajar dekat universiti. Tak pula ada peraturan wajib cari kerja yang sama macam apa yang korang belajar dulu. Ada orang yang belajar kos itu untuk nak timba ilmu, tapi minatnya memang dalam bidang yang lain. Ada juga macam tu. Dan ada orang yang tersasar jauh dari apa yang mereka belajar dan terus terjun dalam bidang yang lain.

Apa-apa pun, masing-masing ada rezeki yang sudah ditentukan dan siapa tahu memang rezeki korang bukan pada bidang yang diceburi kan? Ni ha... 5 anak muda made in Malaysia yang buktikan walaupun mereka tersasar jauh daripada bidang yanng mereka ceberui, tetapi mereka mampu untuk buktikan yang kejayaan itu ada dimana-mana dan sesiapun boleh capai.

1. Yunalis Mat Zara'ai

Nama yang tak asing lagi bagi rakyat Malaysia sekarang. Seorang penyanyi  dan usahawan muda, Yunalis Zara'ai atau lebih dikenali sebagai Yuna berjaya menempa nama dalam industri seni ni dan makin dikenali ramai. Kalau ramai yang beranggapan dia memanjat tangga kejayaan denang senang, korang ternyata silap. 

Bermula hanya sebagai orang biasa di Myspace, daripada tak dikenali ramai dan hanya perform di event-event kecil, tengok sekarang sampai ada lagu dengan Usher okay. Jadi korang nak tahu tak Yuna ni dulu memang belajar kos yang berkaitan dengan seni ke? Haaa... tidak ye. Seorang lulusan pengajian undang-undang di Universiti Teknologi Mara. Jauh kan tersasar daripada law student kepada seorang penyanyi? 

Ini membuktikan yang korang semua boleh berjaya tak kira lah jika bidang pengajian korang tu apa sekalipun. Jangan anggap korang dah buang masa, tidak. Apa yang korang belajar tu jadikan sebagai ilmu, mana tahu perlu digunakan dalam masa datang. Pergi kejar apa yang korang minatkan selama ni.

2. Faeez Fadhlillah

Seorang pelajar pintar lulusan Mechanical Engineering daripada University of Sydney. Siapa sangka daripada kos engineering ni boeh terus lompat kedalam bidang perlancongan. CEO and Co-founder of Tripfez, sebuah portal innovasi untuk menggalakkan pelancong muslim. Portal ini amat berguna kepada pelancong muslim dalam menyediakan segala info yang diperlukan agar memudahkan perjalanan daripada makanan yang halal, tempat untuk sembahyang dan sebagainya.

Dia juga adalah CEO dan Co-Founder projek Lagisatu Travel Sdn Bhd. Lagisatu.com ni menyediakan penyelesaikan bagi mereka yang nak melancong tu pilihan-pilihan hotel dan membandingkan harganya. Jadi senang lah untuk pilih berdasarkan bujet. 

Faeez ni juga tersenarai dalam Forbes 30 under 30 serta telah memenangi pelbagai anugerah dan antaranya adalah anugerah Young Technopreneur 2013 daripada NEF-Awani.

3. John-Son Oie

Seorang yang begitu prihatin terhadap keadaan masyarakat Orang Asli serta mereka yang kurang bernasib baik. Pelajar lulusan Mass Communication & Media Management daripada Taylor University ini bertindak dengan menubuhkan kumpulan sukarelawan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik jauh daripada bandar dan sebagainya. 

Satu usaha murni apabila dia membantu dalam membina rumah kepada masyarakat Orang Asli, dan kumpuan itu dinamakan sebagai EPIC Homes (Extraordinary People Impacting Community). Apabila ibu dan bapanya pergi sewaktu dia serta adik-beradiknya masih kecil lagi, mereka ini tidak berputus asa dan memilih untuk terus maju kehadapan walau apa pun yang berlaku.

Ini lah salah satu contoh semangat anak muda yang tak pernah kenal erti berputus asa. Nak buat baik tu tak mengira pada warna kulit dan agama, tersukan membantu orang ramai!

4. Ian Chua

Korang pernah tak beli barang kecantikkan dekat laman web Hermo? Ini lah dia orang disebalik kewujudan laman web tu. Seorang pelajar lulusan Computer Science daripada University of Adelaide dan daripada itu terus bergiat aktif mewujudkan lawan sesawang ini.

Mungkin nampak tak lari jauh mana tapi  jejaka berasal dari Johor ni tidak mengendahkan apa yang orang ramai katakan dan mewujudkan lawan web untuk menjual barangan kecantikan online. Itu lah kalau nak berjaya jangan diambil pusing sangat apa yang masyarakat katakan. Teruskan buat je apa yang korang suka.

5. Wee Kiat Teoh

Seorang pelajar lulusan Finance dan Accounting daripada Universiti Nottingham Malaysia ni terjun kedalam bidang perniagaan pada usia yang muda lagi dengan berbakikan pengalaman itu dia bertindak dengan memulakan perniagaan makanan, myBurgerLab. Mesti ramai yang pernah dengar nama kedai ni kan? Jangan terkejut, sudah ada beberapa branch di sekitar KL tau. Ini lah dia usaha anak muda yang tak gentar dengan kegagalan. 

Siapa sangka, tanpa pengalaman mengendalikan F&B boleh berjaya sampai ke tahap ni. Hebat kan?