Kerja Lebih Masa Punca Berisiko Hidap 'Depression'. Lagi-Lagi Kaum Wanita!
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Kerja Lebih Masa Punca Berisiko Hidap 'Depression'. Lagi-Lagi Kaum Wanita!

post by MJ

by MJ

Sep 11, 2022
pada 8:09 AM

Percaya atau tak, kalau korang bekerja terlalu lama, korang mempunyai risiko untuk menghidapi depression, lebih-lebih lagi untuk kaum wanita. Uish, bahayanya! Menurut kajian yang diambil menerusi Journal of Epidemiology & Community Health, wanita yang bekerja lebih masa berisiko tinggi mengalami depression atau kemurungan. Lebih spesifik lagi, wanita yang bekerja lebih 55 jam seminggu akan mempengaruhi kesihatan mental mereka.

Stress Asian Muslim Woman while Working with Her Laptop at Home, Working  from Home Concept. Sad Person of Getting Quarantined Due Stock Image -  Image of depressed, overworked: 178544863

Wanita bekerja lebih 55 jam seminggu berisiko hidap depression. Bahaya!

Berdasarkan keputusan yang diambil daripada satu kajian berkaitan dengan isu ini, keputusan menunjukkan yang wanita yang bekerja lebih dari 55 jam lebih cenderung mengalami masalah kesihatan mental paling buruk berbanding dengan wanita yang bekerja mengikut masa kerja yang normal. 

Bagi kaum lelaki pula, keputusan tidak menunjukkan sebarang perbezaan sama ada mereka bekerja kurang ataupun lebih masa. Namun, kajian turut membuktikan yang kerja pada hujung minggu lebih cenderung untuk kaum lelaki menghidapi depression apabila persekitaran kerja diambil kira