Harga Servis Kereta Naik 20%! Tahun 2022 Je Dah Naik 3 Kali…
# Gaya Hidup

Harga Servis Kereta Naik 20%! Tahun 2022 Je Dah Naik 3 Kali…

post by MJ

by MJ

Sep 19, 2022
pada 8:09 AM

Harga Servis Kereta Naik 20%! Tahun 2022 Je Dah Naik 3 Kali…

Baru baru ni min ada baca berita, terkejut bila dapat tahu barang servis kereta naik sampai 20%! Bila baca baca punca kenaikan ni berpunca dari masalah gangguan bekalan dekat peringkat global. Macam tak paham kan? Apa kena mengena dengan kita betul tak?

Tapi itulah hakikat yang kita perlu telan. Bengkel kereta sendiri cakap "Terutama minyak enjin. Jika sebelum ini ia boleh didapati pada harga di bawah RM100 namun sejak awal tahun ini, ia dijual pada harga RM120 iaitu peningkatan 20 peratus.

"Apabila barangan daripada pembekal naik, maka sebagai pengusaha bengkel, kami juga perlu menaikkan sedikit kos upah minimum tambahan RM10 bagi mengimbangi kenaikan itu," katanya.

Sebagai pengusaha bengkel, beliau akan cuba menyarankan pelanggan untuk mengambil minyak yang berpatutan. Menurut beliau, dalam tempoh masa tahun ini, kenaikan ini dah naik 3 kali tau. 

Seorang pengguna menyarankan yang mana korang sebenarnya boleh beli barang sendiri dekat supplier dan upah je bengkel pasang kan. Kan lebih jimat begitu? Selain daripada itu, kalau korang baru nak beli kereta, korang kene lah tahu kos selenggara kereta berapa setiap bulan kereta yang korang nak beli tu okay!