Kerana Muflis, Dia 'Bangkit' Semula Dengan Miliki Ijazah Di Kolej Tempatnya Kerja Sebagai Cleaner
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Kerana Muflis, Dia 'Bangkit' Semula Dengan Miliki Ijazah Di Kolej Tempatnya Kerja Sebagai Cleaner

post by Izuan

by Izuan

Jun 18, 2016
pada 7:43 PM

Setelah 8 tahun berhempas pulas, segalanya berbaloi apabila Michael Vaudreuil, 54 akhirnya memiliki segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan di kolej tempatnya bekerja sebagai seorang pembersih. Disaat rakan satu kolej menghabiskan masa di perpustakaan mengulang kaji pelajaran, beliau pula menjalankan tugas memungut sampah dan membersihkan kawasan kolej tersebut.

Kalau anda ingat, seluruh dunia pernah mengalami kegawatan ekonomi teruk pada tahun 2008. Ia memberi impak besar terhadap semua golongan di dunia ini, ada yang kehilangan kerja bahkan perniagaan muflis sehingga kehidupan mereka berubah dalam sekelip mata dan Vaudreuil merupakan salah seorang yang mengalami situasi tersebut.

Beliau diisytiharkan muflis, rumah dan keretanya telah disita. Perniagaan lepaan (plastering) yang didirikan selama 24 tahun lamanya lingkup ekoran dengan keadaan ekonomi yang begitu teruk pada saat itu. Kisah jatuh bangun Vaudreuil ini cukup memberikan inspirasi pada kita semua agar sentiasa 'bangkit' dalam apa jua halangan yang dihadapi.

Pernah Mohon Kerja Di Syarikat-Syarikat Pembinaan Namun Satu Pun Tak Diterima

Pada sekitar Mei 2007, beliau yang sentiasa sibuk dengan perkhidmatan pembinaannya tiba-tiba tidak menerima sebarang pelanggan untuk menggunakan perkhidmatannya selama 2 minggu berturut-turut. kejadian tersebut merupakan pertama kali dalam hidupnya yang bekerja sendiri sebagai kontraktor bebas. Beliau mengalami kesukaran pada hari-hari berikutnya.

Beliau kemudiannya cuba memohon kerja di mana-mana syarikat pembinaan, namun tak ada satu pun yang menerimanya. Akhirnya, beliau sudah kehilangan sumber pendapatan untuk menampung mereka sekeluarga.

Satu-satunya kerja yang beliau jumpa hanyalah kerja pada waktu malam di sebuah kolej. Bayaran yang diterima meleset sehingga 50 peratus daripada pendapatan asalnya.

Gunakan Manfaat Yang Kolej Tawarkan Secara Percuma Dengan Menjadi Pelajar Di Kolej Tersebut..Hanya Ambil Satu Atau Dua Kelas Setiap Semester

Menurutnya, kerja yang dilakukan memang tidak memberangsangkan bagi dirinya tetapimanfaat yang disediakan bagi pekerja cukup bagus. Jadi, beliau memutuskan untuk mengambil kesempatan daripada setiap manfaat percuma yang kolej itu tawarkan dengan mengambil kelas di kolej tersebut.

Jadi, beliau belajar pada waktu siang di Insitut Politeknik Worcester di Massachusetts, dan kerja pembersihan pada waktu malam di kolej tersebut selama lapan tahun dan akhirnya beliau berjaya merangkul segulung ijazah dalam bidang....

Ijazah Sarjana Muda, Kejuruteraan Mekanikal

Hampir satu dekad kehidupannya 'dirombak', Vaudreuil menamatkan pengajiannya pada 14 Mei 2016 dalam Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Di atas papan plester tersbut, beliau menulis " Old dog has new tricks" (seseorang yang telah mengubah gaya kehidupannya) dan setiap sudut bucu tertulis 4 huruf iaitu huruf "J" sempena nama isterinya Joyce, "P" anak lelakinya Paul serta "A" dan "N" anak perampuannya Amanda dan Nicole.

Sepanjang pengajiannya, Vaudreuil kekurangan masa untuk bersama keluarga, jarang bertermu dengan isteri kerana kekangan waktu. Beliau menyiapkan tugasan kuliah pada awal pagi dan tengah hari selepas habis kelas sebelum memulakan shift kerja dari pukul 3 petang hingga 11 malam.

"Umur Pertengahan 40-an, Saya Kehilangan Segalanya, Cuba Dan Cuba Tetapi Gagal Namun..."

"Ketika umur saya dalam pertengahan 40-an, saya kehilangan segala-galanya, saya cuba dan cuba tetapi saya gagal, jadi saya hanya perlu menghabiskan sisa hidup saya. Namun kuliah ini membuatkan saya sedar bahawa saya boleh melakukan sesuatu dalam hidup saya. Ia peluang terbaik di hadapan mata saya. Ini adalah perjalanan hidup terakhir saya, saya perlu mendapatkannya dan melakukan segala-galanya bagi mendapatkan pekerjaan kali ini"

Pada permulaannya beliau ingin mengambil jurusan yang diminati iaitu psychology, tetapi dia mulai sedar bahawa dia perlu memiliki ijazah yang mempunyai peluang pekerjaan yang kukuh kelak. Jadi, beliau tukar kepada kejuruteraan mekanikal.

Berdasarkan kisah ini, memang bernarlah orang selalau kata "hidup umpama roda, kadang di atas, kadang dibawah". Tak bermana kita sudah menjangkau 40-an keatas, peluang untuk kita sudah tertutup. Apa yang perlu ada dalam diri hanya usaha dan kegigihan.