Kelantan Bakal Tenggelam Seperti Jakarta Pada Tahun... - Kajian
by MJ
Kelantan Bakal Tenggelam Seperti Jakarta Pada Tahun... - Kajian
Baru baru ini tular dimana satu kajian telah dibuat dan mendapati bahawa Negeru Kelantan bakal berhadapan situasi nasib yang sama seperti Jakarta, Indonesia yang mana bakal ditenggelamkan oleh air di masa akan datang. Kelantan berisiko tenggelam seperti Jakarta berikutan penggunaan air bawah tanah yang tinggi, kata seorang pakar ukur tanah..
Kadar pengurangan air semasa di Kelantan sama seperti Jakarta sebelum 1970-an.
Permintaan yg semakin meningkat untuk air bawah tanah di bandar Indonesia mendorong pengekstrakan air bawah tanah secara besar-besaran seterusnya membawa kepada peningkatan kadar penenggelaman.
Akibatnya, kira-kira 40% Jakarta kini berada di bawah paras laut.”
Dr Yong Chien Zheng berkata, kajiannya mengenai pergerakan tanah di negeri itu telah menemui bukti sebahagian negeri itu tenggelam sehingga 4.22mm setahun. Yong yang juga Pensyarah Tinjauan di Universiti Otago, New Zealand berkata, kajiannya yang dijalankan berdasarkan data GPS (Global Positioning System) selama 17 tahun di 11 lokasi berbeza mendapati Kuala Krai mempunyai kadar penurunan tanah tertinggi iaitu 4.22 setahun.
Beliau percaya permintaan air di Kelantan akan meningkat dengan ketara berikutan pembangunan perindustrian dan dijangka terus berkembang sekali gus membawa kepada peningkatan dalam kadar penenggelaman.
Membantu anda mengembangkan kerjaya anda dengan lebih baik