Kesilapan Majikan Patut Elak Sewaktu Membuat Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
# Pengetahuan Pekerja

Kesilapan Majikan Patut Elak Sewaktu Membuat Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

post by MJ

by MJ

Feb 13, 2023
pada 2:30 PM

Kita sebagai manusia, mesti akan ada hari yang kita buat kesilapan betul tak? Tak kisah junior, senior atau profesional sekali pun, manusia memang tak boleh lari dari membuat kesilapan. Kalau korang seorang yang diberi tanggungjawab untuk membuat pengiraan caruman KWSP pekerja, nak buat kesilapan dalam pengiraan itu adalah benda yang paling korang akan elakkan. Dekat sini  min nak share dengan korang apa langkah-langkah yang korang patut ambil jika korang membuat kesilapan dalam pengiraan caruman KWSP pekerja.

Apa itu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih dikenali sebagai KWSP ini ialah satu skim pencen untuk pekerja awam mahupun swasta dekat Malaysia ni. KWSP ni dah diwajibkan oleh undang-undang dan perlu untuk pekerja termasuk majikan untuk menyumbang secara berkala untuk disimpan dalam akaun pencen KWSP pekerja. Tujuan KWSP ini supaya kita ada simpanan sewaktu kita pencen atau bersara nanti termasuk kalau kita menghadapi kecemasan kewangan atau emergency.

Tanggungjawab Korang Sebagai Majikan

Sebagai majikan, korang tahu tak yang korang pun ditugaskan untuk menghantar sumbangan KWSP bagi setiap individu yang diupah bekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantis (apprenticeship). Korang kena pastikan sumbangan bulanan yang dipotong dari gaji pekerja korang adalah tepat dan dipindahkan ke akaun KWSP pada masa yang betul. 

Sebelum ni, terdapat beberapa kes dimana majikan membuat kesilapan mengira KWSP pekerja. Sebab itu pentingnya untuk korang sebagai majikan terutama sekali majikan yang masih baru dalam membuat bisnes untuk ambil tahu perkara penting macam ni. 

Dekat sini, min akan kongsi panduan yang mudah untuk korang faham tentang apa yang boleh korang lakukan kalau korang ada membuat kesilapan pembayaran seperti terkurang atau terlebih sewatu membuat pembayaran KWSP pekerja korang. Min juga akan bincangkan tanggungjawab korang dalam aspek undang-undang KWSP dan macam mana korang nak betulkan kesilapan tersebut. 

Kesilapan Membuat Pembayaran Melebihi Caruman KWSP Bulanan Pekerja

Sekiranya korang telah membuat pembayaran melebihi caruman KWSP bulanan pekerja, korang boleh memohon pemulangan balik dari KWSP. Walau macam mana pun, korang perlu sediakan beberapa dokumen yang diperlukan. 

Pembayaran Kurang dari Caruman KWSP Bulanan

Sekiranya korang membuat pembayaran kurang dari caruman bulanan yang sepatutnya, korang boleh membuat pembayaran tambahan yang diperlukan untuk memperbetulkan perbezaan tersebut. 

Kegunaan Borang A KWSP Majikan Harus Tahu

Sekiranya korang ada membuat kesilapan dalam penyerahan Borang A tapi belum membuat bayaran, korang masih boleh memperbetulkan dengan menghantar surat dan dokumen yang diperlukan. Majikan perlu membuat pembayaran tambahan untuk mengganti faedah  kewangan yang terlepas, yang dikenakan oleh KWSP pada kadar 8% setahun. Kalau korang buat pembayaran selepas daripada tarikh akhir yang ditetapkan oleh KWSP, korang kena membayar denda pada kadar 10% setahun atas jumlah yang tertunggak. 

 

Majikan Boleh Klik Disini Untuk Mencari Pekerja

Langkah-langkah Yang Perlu dibuat Sekiranya Tersilap Membuat Kadar Caruman KWSP​

Sebelum tu, perkara utama yang harus korang buat selepas membuat kesilapan pembayaran, korang wajib untuk beritahu pekerja korang tentang ketidakselarasan pembayaran tersebut dengan segera. Ini sebab Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 dah nyatakan bahawa majikan bertanggungjawab untuk memberi penyata gaji yang betul dan tepat kepada pekerja mereka dengan maklumat yang relevan. Perkara dibawah adalah langkah yang korang perlu lakukan selepas membuat kesilapan pencaruman:

 

  1. Periksa penyebab kesilapan dengan menyemak punca kesalahan sewaktu korang membuat kadar caruman KWSP, contoh seperti tersalah mengira gaji, mengisi maklumat perja dengan maklumat yang kurang atau tidak tepat, atau tidak memasukkan sumbangan pekerja yang mencukupi. 
  2. Korang perlu buat pembetulan dengan secepat mungkin. Macam mana nak buat pembetulan? Korang boleh kemukakan borang KWSP 17A (AHL) kepada KWSP.
  3. Korang boleh hubungi KWSP sekiranya korang memerlukan bantuan dalam membuat pembetulan caruman dan pihak KWSP akan membantu korang membuat pembetulan tersebut.
  4. Korang perlu memastikan maklumat pekerja korang sudah dikemaskini di dalam akaun KWSP dengan informasi yang tepat. Sekiranya ada sebarang perubahan, korang perlu membuat pembetulan dengan segera.
  5. Korang perlu memantau dan menyemak akaun KWSP secara berkala untuk memastikan caruman KWSP dibuat dengan betul dan maklumat pekerja korang sentiasa dikemaskini. 

Kesilapan dalam membuat kadar caruman KWSP pekerja sebenarnya boleh menjejaskan kewangan syarikat korang termasuk hak pekerja korang. Oleh itu, pentingnya korang sebagai majikan untuk mengambil langkah yang betul juka tersilap membuat kadar caruman pekerja. Min dah kongsikan dengan korang apa kesilapan yang selalu majikan buat dan cara yang majikan patut titikberatkan selepas kesilapan dibuat. Korang patut ambil maklum bahawa tindakan yang diambil untuk menyelesaikan kesilapan-kesilapan tersebut sebenarnya boleh membantu memelihara hubungan yang baik antara korang, majikan dan juga pekerja korang termasuk untuk memastikan korang patuhi undang-undang KWSP. Dengan mengambil tindakan yang sewajarnya, korang dapat mengurangkan risiko yang mungkin timbul dari kesalahan-kesalahan yang tidak disengajakan. 

Permohonan segera bagi jawatan kosong Sales dan Logistics!