Keluarga Ni Makan Menu Rahmah Setiap Hari TAPI Kos Makan Sebulan Tetap RM3,300!
# Trending Semasa

Keluarga Ni Makan Menu Rahmah Setiap Hari TAPI Kos Makan Sebulan Tetap RM3,300!

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Jan 22, 2025
text.at 4:14 PM

Keluarga Ni Makan Menu Rahmah Setiap Hari TAPI Kos Makan Sebulan Tetap RM3,300!


Seperti mana yang kita tahukini semakin banyak restoran dan juga kedai yang mula mengambil inisiatif mengeluarkan menu Rahmah seperti mana yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dibawah Rancangan Malaysia Madani pada 31 Januari 2023 lalu. 

 

Setiap hidangan yang berharga RM5 atau kurang di dalam Menu Rahmah membolehkan orang ramai menikmati makanan dengan harga yang rendah. Namun, seorang bapa bernama kongsikan di sebuah laman facebook, beliau yang mempunyai tujuh orang anak, tetap mencapai kos makanan sebulan sekurang-kurangnya RM3300 walaupun keluarganya makan Menu Rahmah setiap hari.

"Saya dan isteri mempunyai tujuh orang anak, setiap kali makan Menu Rahmah kami perlu membayar RM45.

"Dua hidangan sehari sama dengan RM90, tambah minyak kereta sebelum pergi ke kedai makanan dengan kos RM20, jadi sehari memerlukan RM110.

"Kos makanan sebulan adalah RM3300, ini hanya untuk makanan sahaja, belum lagi kos lain-lain..."

Selepas beliau berkongsi perkongsian tersebut di Facebook, ia telah menimbulkan perbincangan di kalangan netizen. Ada netizen yang mempersoalkan mengapa keluarga ini perlu makan di luar setiap hari padahal sudah tahu bahawa kos makanan di luar mahal?

"Kenapa perlu makan luar setiap hari? Dua kali sehari lagi pulak?" - netizen

Ada juga netizen yang mempersoalkan mengapa beliau tidak masak dan makan di rumah sahaja. Netizen lain pula bertanya-tanya, sebelum Menu Rahmah diperkenalkan, berapa kos makanan keluarga ini sebelum ini?

 

Kalau korang berminat dengan kerja untuk FRESH GRAD GAJI SEHINGGA RM3,000 yang lain. 

Boleh KLIK DISINI tau! 

Ada lebih 1000+ Kerja Kosong Fresh Grad untuk korang !! KLIK DISINI