Dijangka 14 juta Pekerjaan Bakal Hilang Dan Diganti Dengan AI Menjelang 2027 !! 
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Dijangka 14 juta Pekerjaan Bakal Hilang Dan Diganti Dengan AI Menjelang 2027 !! 

post by AzSyuk

by AzSyuk

May 2, 2023
pada 10:49 AM

Dijangka 14 juta Pekerjaan Bakal Hilang Dan Diganti Dengan AI Menjelang 2027 !! 

 

Pasaran pekerjaan global dijangka menghadapi masalah besar dalam tempoh lima tahun akan datang akibat daripada ekonomi yang lemah dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin meningkat oleh banyak syarikat, melaporkan portal berita CNN kelmarin.

Laporan tersebut diterbitkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) berdasarkan tinjauan yang melibatkan lebih daripada 800 syarikat. Forum tahunan yang menghimpunkan pemimpin global di Davos, Switzerland mendapati bahawa majikan dijangka mencipta 69 juta pekerjaan baharu menjelang 2027 dan menghapuskan 83 juta pekerjaan lain. Jangkaan ini akan menyebabkan kehilangan sebanyak 14 juta pekerjaan, setara dengan dua peratus pekerjaan semasa.

Banyak faktor akan memberi kesan kepada pergolakan pasaran buruh dalam tempoh tersebut. Peralihan kepada sistem tenaga boleh diperbaharui bakal menjadi 'enjin' berkuasa yang akan menjana peluang pekerjaan. Namun, pertumbuhan ekonomi perlahan dan kenaikan kadar inflasi pula akan mendorong kerugian.

Bagaimanapun, laporan sama menyatakan, pelaksanaan secara tergesa-gesa penggunaan AI akan memberikan kesan positif dan negatif. Banyak syarikat diramalkan memerlukan pekerja baharu untuk membantu melaksanakan dan menguruskan AI. Menurut WEF, pengambilan penganalisis, saintis data, pakar pembelajaran mesin dan pakar keselamatan siber diramalkan meningkat secara purata sebanyak 30 peratus menjelang 2027. Pada masa yang sama, pertambahan AI akan menyaksikan banyak pekerjaan berisiko hilang kerana robot akan menggantikan manusia.

Dijangka sekitar 26 jenis pekerjaan seperti penyimpanan rekod dan pentadbiran akan digantikan oleh AI menjelang 2027, kata WEF, manakala pekerjaan seperti kerani kemasukan data dan setiausaha eksekutif dijangka mengalami kesan paling teruk.

Namun, automasi berkembang lebih perlahan daripada jangkaan awal pada dekad ini dengan organisasi-organisasi yang ditinjau oleh WEF menganggarkan bahawa 34 peratus daripada semua tugas berkaitan perniagaan kini dilakukan oleh mesin.