Kerja menari je dekat TikTok tapi boleh dapat gaji sehingga RM10k sebulan
# Jenis Pekerjaan # Trending Semasa # MauLuah

Kerja menari je dekat TikTok tapi boleh dapat gaji sehingga RM10k sebulan

post by Ani

by Ani

May 31, 2023
pada 7:16 PM

Kerja menari je dekat TikTok tapi boleh dapat gaji sehingga RM10k sebulan

Dalam situasi pasaran kerja yang mencabar, individu dari pelbagai latar belakang dan pengalaman sering menghadapi tugas yang sukar untuk mencari pekerjaan yang sesuai. Namun, terdapat juga tempat kerja yang nampaknya menawarkan jawatan yang unik yang tidak biasa kita dengar seperti satu syarikat insurans ini yang dilaporkan mencari 'TikTok dancers' sepenuh masa.

Syarikat insurans Malaysia ini menawarkan gaji RM10,000 untuk 'TikTok dancers' sepenuh masa. Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok bernama @nagulanmusical bongkarkan mengenai iklan pekerjaan dari sebuah syarikat insurans kenderaan di Malaysia di platform carian kerja.

Sebuah klip selama 12 saat menunjukkan iklan pekerjaan yang diposkan oleh syarikat insurans kenderaan yang mencari 'TikTok dancers' sepenuh masa. Deskripsi kerja menyatakan bahawa gaji jawatan tersebut adalah dari RM2,000 hingga RM10,000 dan pekerjaan akan dilakukan dengan jadual bergilir-gilir (shift), bermakna pemohon yang berjaya mungkin dikehendaki bekerja pada jadual yang berbeza untuk memenuhi keperluan syarikat.

“Saya terkejut dengan gaji ini”  kata Nagulan yang terkejut melihat bahawa seseorang berpotensi boleh mendapatkan sehingga RM10,000 sebulan hanya dengan menari di TikTok.

"Tetapi pada masa yang sama, saya juga gembira melihat bahawa beberapa syarikat bersedia memberi peluang dan gaji tinggi untuk mereka di luar sana yang ada dalam seni persembahan," katanya.

Netizen kagum dengan iklan pekerjaan tersebut dan netizen turut terkejut melihat bahawa jawatan kerja seperti ini memang wujud. Sesetengah netizen ada menyatakan minat dengan pekerjaan tersebut, bertanya sama ada mereka boleh bekerja separuh masa atau tak dan sebagainya. Ada juga yang turut apply jawatan tersebut.

Btw, zaman sekarang korang dah tak perlu email satu persatu syarikat dah kalau korang nak mohon kerja. Korang boleh drop je resume dekat profil syarikat yang korang nak mohon tu…Korang hanya perlu taip nama syarikat yang korang nak kerja & drop resume di profil syarikat tersebut. Drop resume di sini.