8 Skills Paling 'Mahal' Dalam Resume Tahun 2023
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

8 Skills Paling 'Mahal' Dalam Resume Tahun 2023

post by Ani

by Ani

Sep 20, 2023
pada 11:17 PM

8 Skills Paling 'Mahal' Dalam Resume Tahun 2023

Dalam dunia yang semakin kompetitif ini, resume yang berjaya pikat hati majikan adalah mereka yang memiliki kombinasi kemahiran yang bernilai tinggi. Tahun 2023 tidak terkecuali. Majikan kini mencari bakat yang memiliki kemahiran yang relevan dan berdaya saing. Artikel ini akan mendedahkan kepada anda 8 skills yang paling 'mahal' dalam resume tahun 2023 yang anda semua patut kuasai.

1. Adobe Photoshop

Kemahiran asas dalam menggunakan Adobe Photoshop sangat membantu untuk pekerjaan yang melibatkan kreativiti seperti pengeditan foto atau rekaan grafik.

2. Microsoft Excel

Meskipun beberapa orang mungkin menganggap penggunaan Microsoft Excel mudah, kebolehan dalam menguasai Excel ini adalah sangat penting.

3. Bahasa

Dalam beberapa kerjaya, penggunaan bahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadi keperluan yang penting.

4. Pembangunan Laman Web

Memahami asas HTML, CSS, dan JavaScript sudah mencukupi untuk bersaing dengan calon lain dalam bidang pembangunan laman web.

Baca Juga: Buang 5 Maklumat Ni Dalam Resume Anda Untuk Elak Bias

5. Kemahiran Bercakap di Depan Orang Ramai

Bercakap di hadapan orang ramai adalah satu tugas yang penting, tidak kira dalam bidang pekerjaan apa pun.

6. Search-Engine Optimization (SEO)

Jika anda mempunyai kemahiran dalam optimisasi enjin carian (SEO) dan memohon dalam bidang di mana jumlah pengunjung, jumlah suka, klik, dan perkongsian penting, kemahiran SEO ini akan sangat berguna.

7. Google Analytics

Dengan kemahiran dalam menggunakan Google Analytics, anda dapat mengetahui demografi laman web, serta maklumat penting seperti jumlah pengunjung, pembacaan penulisan anda, dan sebagainya.

8. Kemahiran Analisis Data

Penggunaan data untuk membuat keputusan dan memberi nilai tambah kepada organisasi semakin penting. Kemahiran analisis data seperti pengumpulan, pemprosesan, penafsiran, dan visualisasi data akan memberikan kelebihan kompetitif kepada pemilik resume.

Kalau anda dah settle masuk semua skills 'mahal' anda dalam resume, jangan lupa pula untuk apply kerja di syarikat-syarikat yang anda nak mohon tu. Antara altenatif yang anda boleh try dlm job-hunting ni adalah dengan drop resume anda and nanti majikan yang akan contact korang dalam 72 jam (sekiranya relevan). Drop je disini https://bit.ly/3Psih96 semoga dapat bantu anda cari kerja dengan cepat.