Rasa Bersalah Balik Kerja On Time? 5 Sebab Mengapa Korang Patut Balik On time
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Rasa Bersalah Balik Kerja On Time? 5 Sebab Mengapa Korang Patut Balik On time

post by Ani

by Ani

Oct 24, 2023
pada 1:57 PM

Rasa Bersalah Balik Kerja On Time? 5 Sebab Mengapa Korang Patut Balik On time

Boleh dikatakan topik ni merupakan satu topik hangat jika dibicarakan. Ada perbezaan pendapat dalam isu ini. Ada yang menyokong untuk balik kerja on time manakala ada juga yang merasakan balik kerja lambat menunjukkan kita lebih produktif di tempat kerja.Betul ke?

Salah! jika anda merasakan pulang lebih lambat akan menunjukkan diri anda lebih produktif berbanding pekerja lain. Mengikut undang bawah Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1955 pekerja TAK BOLEH bekerja:

  • Lebih dari 5 jam berturut-turut tanpa rehat yang tidak kurang daripada 30 minit.
  • Lebih dari 8 jam sehari
  • Lebih tempoh masa (spread-over period) 10 jam sehari.
  • Lebih 48 jam seminggu

Jika anda masih merasakan lebih baik jika kita pulang kerja lebih lambat, cuba korang lihat 5 sebab mengapa korang perlu balik on time :

1. Kerja adalah satu proses yang tidak akan pernah berakhir. Ia adalah satu never ending process. 

2. Pekerja yang balik kerja lebih lambat itu bukanlah seorang bekerja terbaik tetapi mereka sebenarnya seorang yang tidak pandai mengurus masa dengan sebaiknya dalam satu masa yang disediakan.

3. Hidup kita bukan untuk bekerja, pejabat dan pelanggan sahaja. Masih ada lagi kehidupan lain selain itu. Anda memerlukan masa untuk bersosial, hiburan, berehat dan bersenam. Jangan biarkan hidup menjadi tidak bermakna.

4. Jika anda rasa klien anda penting, begitu juga dengan keluarga anda.

5. Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka yang bekerja lewat di pejabat mempunyai peningkatan risiko mendapat serangan jantung atau strok. 

Namun semua ini merupakan pilihan anda sendiri. Apa pendapat anda?

Kalau anda selalu kene pandang serong je kalau asyik balik on time dan tak tahan dengan kerja sekarang, jadi admin nak cadangkan cara cepat untuk anda apply kerja kosong. Caranya, anda perlu drop resume anda je lepastu tunggu majikan contact (jika relevan). Drop resume disini > https://bit.ly/3Psih96

ATS