Kerja Paling Simple Yang Boleh Dapat Sehingga RM10,000 Sebulan Dengan Modal Yang Rendah
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Kerja Paling Simple Yang Boleh Dapat Sehingga RM10,000 Sebulan Dengan Modal Yang Rendah

post by Ani

by Ani

Oct 25, 2023
pada 2:04 PM

Kerja Paling Simple Yang Boleh Dapat Sehingga RM10,000 Sebulan Dengan Modal Yang Rendah

Kerja keras mungkin telah menjadi sebahagian daripada rutin harian korang, tetapi pendapatan masih belum mencukupi. Pernah tak hadapi ni? Mungkin sudah tiba masanya untuk teroka ke dunia perniagaan dengan modal yang sedikit. Di sini, kami akan berkongsi beberapa cara simple untuk mencapai pendapatan sebanyak RM10,000 sebulan tanpa perlu modal yang banyak pun.

Mari kita lihat langkah-langkahnya:

1. Berniaga Buah Potong Menggunakan Motorsikal:

buah

  • Gunakan motorsikal untuk bergerak dengan mudah dan mencari pelanggan.
  • Keuntungan purata adalah sekitar 50%-60% daripada modal.
  • Jual RM1/plastik, sasaran jualan ialah 600 plastik sehari.
  • Paling kurang korang akan dapat RM350 sehari × 30 hari = RM10,500
  • Dapatkan pelanggan di kawasan berpotensi seperti depan sekolah, masjid, pejabat, atau kilang.

2. Khidmat Potong Rumput:

potong rumput

  • Gaji pekerja 2 orang dengan gaji RM130 sehari termasuk minyak mesin & biasanya upah satu halaman sekitar RM60 kerja hanya 2 jam sebuah laman.
  • Kita hanya perlu mengurus iklan di kawasan perumahan, urus pelanggan, serta angkat dan hantar pekerja.
  • Dengan mencari 5 rumah sehari untuk seorang pekerja, jadi kita akan dapat sehari RM340 × 30 hari = RM10,200.

3. Menjual Nasi di Kawasan Penduduk Ramai:

nasi bungkus

  • Buat iklan di Facebook untuk pelanggan setempat.
  • Dengan jualan 150 bungkus sehari dan keuntungan 60%, jadi sehari bersih dalam tangan ialah RM360 × 30 hari = RM10,800.

4. Jual Air di Depan Sekolah:

air balang

  • Menjual 300 cawan air setiap sesi (2 kali sehari), sehari paling tidak kita akan dapat RM600 kasar.
  • Rata-rata penjual air bagitau margin untung bersih jual air ni sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat RM480 × 21 hari persekolahan sebulan = RM10,080

5. Berniaga Apam Balik:

apam balik

  • Jual apam balik di pasar malam juga dapat peroleh keuntungan 80%.
  • 4 kali seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yang berharga RM2 sekeping, setiap malam boleh nilai jualan RM 800× 4 seminggu × 4 minggu sebulan = jualan kasar rm12,800 tolak modal 20% (RM2,560) = RM10,240

6. Menjadi Agen Jualan Produk:

  • Pilih produk yang laku keras pada bulan tersebut dengan keuntungan melebihi RM50/item.
  • Gunakan iklan Facebook Ads untuk mempromosikan produk.
  • Dengan komitmen yang baik, pendapatan bersih boleh mencapai RM10,800 sebulan.

Ada banyak peluang perniagaan lain yang memerlukan modal yang kecil tapi boleh memberikan pulangan yang lumayan. Apa yang paling penting adalah tindakan dan usaha. Selamat mencuba, dan jadilah usahawan berjaya! 

Artikel Berkaitan:

Tapi kalau korang nak kerja makan gaji, korang boleh je try cari kerja disini dengan drop resume korang and nanti majikan yang akan contact korang dalam 72 jam (sekiranya relevan). Drop disini > https://bit.ly/3Psih96

Drop Resume