Nak Beli Rumah Pertama Tapi Gaji Kecil? Jangan Risau Ini Caranya Yang Korang Patut Tahu
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Nak Beli Rumah Pertama Tapi Gaji Kecil? Jangan Risau Ini Caranya Yang Korang Patut Tahu

post by Ani

by Ani

Nov 30, 2023
pada 2:23 PM

Nak Beli Rumah Pertama Tapi Gaji Kecil? Jangan Risau Ini Caranya Yang Korang Patut Tahu

Korang ingat gaji kecik tak boleh beli rumah? Asalkan korang pandai jaga duit, beli rumah pertama tu bukan masalah. Lagipun, rumah tu cam investment jangka panjang, nilai dia boleh naik gak!

So, dalam artikel ni, kita nak bincang camne nak beli rumah pertama dengan gaji yang boleh dikatakan 'ringan.' Chill je, kita ada tips dan tricks!

beli rumah

1. Kira Jumlah Pinjaman

Pertama sekali, korang kena tahu berapa banyak korang boleh pinjam based on gaji. Ada satu formula namanya 'Income-to-Mortgage Ratio.' Jangan risau, takde trigonometry pun.

Untuk ni, pinjaman bulanan korang tidak boleh lebih daripada satu pertiga gaji kasar (gaji yang korang dapat sebelum ditolak cukai, perbelanjaan, dsb).

(RM3,000 x 30) / 100 = RM900

So, ansuran bulanan korang tak patut lebih dari RM900. Senang, kan?

2. Cari Skim Rumah Mampu Milik

Lepas dah tau jumlah pinjaman, next step cari skim rumah mampu milik. Malaysia ni banyak program dan skim yang memudahkan kita, tau. Ada Skim Rumah Pertamaku, PPR, macam-macam lagi. Check it out, je!

Artikel Berkaitan: Senarai Gaji Bersih Untuk Lepas Loan Harga Rumah Tahun 2023

3. Jangan Over Budget

Bila dah ada jumlah pinjaman dan skim, kena pandai pilih rumah. Jangan over budget, cari yang affordable. Contoh, kalau jumpa rumah RM500,000, tapi ansuran bulanan meletup RM2,533, bukan main lagi stress! Carik rumah yang dalam budget, contohnya RM170,000, ansuran bulanan RM861. Tu baru betul relax nak bayar nanti!

Jadi, korang tak payah stress nak beli rumah pertama dengan gaji kecil. Follow je tips ni, pasti boleh dapat rumah impian. Ingat, beli rumah bukan semata-mata nak dapatkan tempat tinggal, tapi investment jangka panjang.