Masukkan 10 Skill Power Ni Dalam Resume Korang, Majikan Confirm Terus Tawar Kerja
# Pengetahuan Interview

Masukkan 10 Skill Power Ni Dalam Resume Korang, Majikan Confirm Terus Tawar Kerja

post by Ani

by Ani

Dec 4, 2023
pada 1:45 PM

Masukkan 10 Skill Power Ni Dalam Resume Korang, Majikan Confirm Terus Tawar Kerja

Jangan risau, kawan-kawan! Nak tarik perhatian majikan, masukkan je 10 skill power ni dalam resume korang. Confirm majikan excited nak gandakan gaji korang. Meh tengok apa skill yang boleh buat korang jadi bintang di mata majikan:

resume

1. Bahasa:

Bagi yang pandai lebih dari satu bahasa, jangan malu-malu masukkan dalam resume. Ingat, kena power betul-betul dalam bahasa tu. Jangan pulak nanti masa temuduga, kelam kabut tak paham soalan dalam bahasa yang korang letak dalam resume.

2. Pengurusan Produk:

Jadi pengurus produk bukan main senang. Kreatif nak cari idea, urus produk, handle pelanggan - semua kena pandai. Kalau korang ada skill ni, confirm majikan terus bersinar-sinar mata kat korang!

Berapa ramai yang power guna WordPress? Walaupun apply jawatan biasa-biasa je, tapi kalau korang boleh handle WordPress dengan smooth, itu satu bonus besar. Majikan tak payah cari orang lain nak maintain website syarikat, korang dah boleh buat, gaji pun tentu setimpal.

4. Excel Expert:

Tak semua orang terror guna Microsoft Excel, tau! Kalau korang pandai bab-bab spreadsheet, formula, table, cells, gridlines, kira-kira, buat carta - ni skill penting kalau nak apply kerja dalam bidang kewangan.

5. Public Speaking Pro:

Skill ni tak semua orang ada. Ada yang hebat dalam skill lain tapi takut nak bercakap depan orang ramai. Bagi yang boleh cakap confident, ni peluang emas! Boleh charm pelabur atau pelanggan, terutamanya kalau apply jawatan pengurus jualan.

6. Web Development:

Kalau korang tahu asas-asas web development macam HTML, CSS, dan JavaScript, korang dah ada satu kelebihan. Zaman sekarang ni, semua benda guna teknologi, so skill ni memang menarik.

7. SEO Specialist:

Mahir dalam Search Engine Optimization (SEO)? Skill ni memang berguna untuk majikan yang nak bangunkan business atau services dalam dunia online. Tunjukkan hasil kempen atau penulisan korang yang high-trafficking, majikan mesti teruja.

8. Google Analytic:

Kalau korang tahu guna Google Analytic, tu satu lagi kelebihan. Boleh track demografi laman web, tahu berapa banyak orang baca artikel korang. Skill ni memang dicari oleh kebanyakan majikan.

9. Adobe Photoshop:

Nak jadi pereka grafik? Pastikan korang power guna Adobe Photoshop. Edit gambar, buat logo, banner – semua kena reti. Adobe Photoshop semakin update, so make sure korang on the latest version!

10. Multitasking:

Kalau korang multitasking, masukkan je dalam resume. Majikan suka pekerja yang boleh buat pelbagai benda sekaligus. Jimat masa, jimbat duit gaji staff lain.

Jadi, jangan lupa masukkan skill ni dalam resume korang. Majikan mesti tak sabar nak jumpa calon power macam korang! Tapi..kalau korang masih tak jumpa tempat kerja kosong, korang boleh je terus apply kerja kosong kat sini > Apply kerja kosong disini