Contoh Resume Terbaik Nak Mohon Kerja Dalam Bidang Retail - Confirm Majikan Ambil Kerja
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Contoh Resume Terbaik Nak Mohon Kerja Dalam Bidang Retail - Confirm Majikan Ambil Kerja

post by Ani

by Ani

Dec 19, 2023
pada 4:00 PM

Contoh Resume Terbaik Nak Mohon Kerja Dalam Bidang Retail - Confirm Majikan Ambil Kerja

Saat kita memasuki dunia pekerjaan, satu perkara yang tidak boleh diabaikan ialah membuat resume yang menarik supaya mampu menonjolkan kebolehan serta pengalaman kita lagi-lagi kalau nak buat resume dalam bidang retail ni. Khususnya dalam bidang retail, di mana persaingan menjadi semakin sengit, keberkesanan resume menjadi kunci utama untuk membuka pintu peluang pekerjaan korang.

resume bidang retail

MAKLUMAT PERIBADI:

  • Nama: [Nama Anda]
  • Alamat: [Alamat Anda]
  • Nombor Telefon: [Nombor Telefon Anda]
  • Emel: [Emel Anda]

OBJEKTIF:

Mencari peluang pekerjaan dalam industri retail untuk menyumbang kepada pertumbuhan organisasi sambil memanfaatkan pengalaman dan kemahiran dalam bidang ini.

PENDIDIKAN:

  • Diploma dalam [Bidang Pendidikan], [Nama Institusi Pendidikan], [Tahun Graduasi]

PENGALAMAN KERJA:

Pekerjaan Terkini:

Peniaga Runcit XYZ, Bandaraya ABC

  • Jawatan: Peniaga Runcit
  • Tempoh: [Bulan/Tahun Mula - Kini]
  • Bertanggungjawab untuk melayani pelanggan dengan mesra, menguruskan inventori, dan mencapai target jualan bulanan.

Pengalaman Terdahulu:

Kedai Pakaian Fashion Elegan, Bandar XYZ

  • Jawatan: Pembantu Jualan
  • Tempoh: [Bulan/Tahun Mula - Bulan/Tahun Tamat]
  • Menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, membantu pelanggan dalam pemilihan pakaian, dan menjalankan operasi harian kedai.

KEMAHIRAN:

  • Perkhidmatan Pelanggan: Kebolehan tinggi dalam berkomunikasi dengan pelanggan, menyelesaikan aduan, dan memberikan pengalaman beli-belah yang positif.
  • Pengurusan Inventori: Pengalaman dalam mengawal stok, menyusun barangan, dan membuat inventori harian.
  • Jualan: Keupayaan untuk mencapai dan melebihi sasaran jualan bulanan.
  • Komunikasi: Kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

KELEBIHAN:

  • Komited, proaktif, dan berorientasikan hasil.
  • Mampu bekerja secara individu atau dalam pasukan.
  • Fleksibel dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang dinamik.

RUJUKAN:

Disediakan jika diminta.

So, lepas je korang dah settle buat resume ni, korang boleh dah apply kerja dengan syarikat Retail. Ada 2 company dalam bidang Retail yang tengah aktif cari pekerja sekarang tau. Jadi, korang bolehlah apply terus...mana tahu ada rezeki korang untuk diserap kerja terus kan.

1. Kerja Kosong Di Habib Group

Habib Group

Kalau korang nak jadi sebahagian daripada Habib Group, tengok peluang kerja kosong diorang sekarang! Siapa tahu, mungkin korang yang bakal menyinari kedai-kedai Habib Jewels! Mohon je kerja kosong disini > Mohon kerja di Habib Group disini

2. Kerja Kosong Di SOGO (K.L.) Department Store Sdn Bh

SOGO (K.L.) Department Store Sdn Bhd

Kalau korang nak kerja dan jadi sebahagian dari mereka...Jangan tunggu lagi, apply sekarang untuk lebih banyak peluang pekerjaan di SOGO > Apply kerja di SOGO disini


Maukerja tempat paling ngam untuk korang cari peluang pekerjaan. Ada berlambak kerja kosong menanti korang! Explore kerja kosong disini. 


Cari Peluang Kerja Dengan Maukerja Disini: