"Ada Cable Ke?" - Netizen Luah Graduan Dari Universiti Awam Dan Swasta Susah Dapat Kerja Kalau Tak Ada Cable
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

"Ada Cable Ke?" - Netizen Luah Graduan Dari Universiti Awam Dan Swasta Susah Dapat Kerja Kalau Tak Ada Cable

post by Ani

by Ani

Jan 3, 2024
pada 2:07 PM

"Ada Cable Ke?" - Netizen Luah Graduan Dari Universiti Awam Dan Swasta Susah Dapat Kerja Kalau Tak Ada Cable

Dalam era digital dan globalisasi sekarang, netizen sering berkongsi pandangan mereka tentang kehidupan selepas tamat pengajian, terutamanya berkaitan dengan mencari pekerjaan. Baru-baru ini juga, admin ada dapat satu luahan dari netizen yang meluahkan perasaanya mengenai kesusahan yang dihadapi oleh rata-rata graduan universiti awam dan swasta ketika mencari kerja.

graduan

Katannya "Graduan Cable Lagi Senang Dapat Kerja!". Di sinilah beliau menyatakan pandangan bahawa graduan yang mempunyai hubungan atau "cable" dalam industri lebih mudah dapat peluang pekerjaan berbanding mereka yang tidak mempunyai kaitan tersebut. Beliau sendiri sebagai graduan dari universiti awam turut mengalami masalah yang sama iaitu susah mencari kerja gara-gara tak ada cable. Katanya lagi, kawan-kawan beliau yang grad dari universiti swasta pun sama, struggle nak cari kerja.

luahan netizen

"Tapi yang peliknya, ada geng yang senang je dapat kerja, tak payah pening kepala. Bila aku usha, diorang semua ada satu benda - cable. Kononnya, ada kenalan dalam industri lah, kawan senior yang dah kerja lah, mak bapak punya kawan lah. Macam-macam alasan.", luahannya.

Dia juga turut berkata bahawa bukan semua cable tak bagus cuma kadang-kadang bila ada connection ni terlalu senang dapat peluang kerja, jadi macam tak adil kalau dibandingkan dengan orang yang tak ada connection yang struggle tapi tak dapat apa-apa. Beliau juga berkongsi pengalaman beliau semasa job interview dimana beliau pernah ditanya  "Ada cable ke?". Beliau terus terdiam dan tak sangka soalan itu ditanya. Beliau juga nasihatkan supaya graduan tidak berputus asa dalam mencari kerja. 

Jadi, apa pendapat korang? Graduan cable memang lagi senang ke, atau korang rasa semua pun sama je susahnya? Kesimpulannya, kehidupan selepas tamat pengajian memang membawa cabaran tersendiri. Walaupun adanya isu "Graduan Cable Lagi Senang Dapat Kerja!" kita perlu ingat bahawa usaha dan sikap positif juga memainkan peranan penting dalam menghadapi cabaran ini. Mari sama-sama teruskan usaha tanpa mengira universiti mana kita grad, kerana semangat dan kecekalan kita adalah kunci kepada kejayaan.


Cari Peluang Kerja Dengan Maukerja Disini: