"Berbaloi Atau Tak Sebenarnya Beli Handphone Guna Kad Kredit?" - Ini Penjelasannya
# Pengetahuan Pekerja

"Berbaloi Atau Tak Sebenarnya Beli Handphone Guna Kad Kredit?" - Ini Penjelasannya

post by Ani

by Ani

Jan 4, 2024
pada 3:42 PM

"Berbaloi Atau Tak Sebenarnya Beli Handphone Guna Kad Kredit?" - Ini Penjelasannya

Sesiapa yang tak guna handphone hari ini, macam ada yang tak kena, betul tak? Zaman sekarang ni, semua benda nak guna handphone. Bayangkan kalau takde WhatsApp, confirm banyak info penting terlepas. Lagi-lagi kat tempat kerja atau universiti, semua benda nak settle guna handphone. Tapi, bila dah ada handphone, mesti rasa nak upgrade, kan? Dulu guna handphone seribu ringgit, tiba-tiba terasa nak yang tiga ribu ringgit pulak. Nak beli tapi tak mampu? Relax, kan ada kad kredit! Betul ke tak...

Jom admin share perkongsian lelaki ni mengenai beli handphone guna kad kredit. Bagus ke, tak bagus..?

"Benda ni dipanggil Easy Payment Plan (EPP). EPP ni biasanya 0%. Tempoh bayaran biasanya 1 tahun atau 2 tahun."

sharing 1

"Tapi kalau korang takde cash RM4,000 tetap juga nak beli phone guna installment, korang dah ambil risiko sebenarnya walaupun 0% interest."

sharing2

"Itu belum campur lagi dengan late payment charges. So dah berapa banyak korang kena bayar interest tu."

sharing3

"My rule of thumb on buying phone: 1) Harga phone < 10% net worth 2) Harga phone < 1 month salary."

sharing4

Kesimpulannya, sebelum buat apa-apa keputusan nak beli tu kena ukur dulu kemampuan kewangan dan memastikan kita mampu untuk membuat pembayaran ansuran kad kredit tanpa menjejaskan kewangan harian. Jangan sampai kemahuan untuk memiliki handphone baharu menjerumuskan kita ke dalam masalah hutang yang sukar diselesaikan. Okay guys!


Maukerja tempat paling ngam untuk korang cari peluang pekerjaan. Ada berlambak kerja kosong menanti korang! Explore kerja kosong disini.