Jangan Buat 5 Kesilapan Ni Masa Hantar Resume Kalau Tak Nak Majikan Geleng Kepala Baca Nanti!
# Pengetahuan Pekerja

Jangan Buat 5 Kesilapan Ni Masa Hantar Resume Kalau Tak Nak Majikan Geleng Kepala Baca Nanti!

post by Ani

by Ani

Jan 14, 2024
pada 10:18 AM

Jangan Buat 5 Kesilapan Ni Masa Hantar Resume Kalau Tak Nak Majikan Geleng Kepala Baca Nanti!

Mencari pekerjaan bukanlah satu cabaran yang mudah, terutamanya dalam pasaran pekerjaan yang semakin kompetitif sekarang ni. Bagi memastikan korang tidak terlepas peluang emas, penting untuk mengelakkan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh pencari kerja masa nak hantar resume. Antara 5 kesalahan utama yang perlu dielakkan ialah:

1. Emel

email

Kesilapan pertama yang sering dilakukan ialah berkaitan dengan emel. Pencari kerja sering kali mengabaikan kepentingan emel yang profesional. Pastikan emel yang digunakan adalah formal dan mencerminkan identiti profesional korang. Penggunaan emel yang tidak sesuai boleh menyebabkan resume korang direject sebelum peluang itu wujud.

Lepastu, korang pun jangan main hentam je hantar resume. Ada masa yang sesuai dan patut korang elak untuk hantar resume. Boleh baca artikel tu dekat sini > BACA DISINI <

2. Cover Letter Telalu Panjang Berjela

cover letter

Cover letter yang terlalu panjang boleh menjadi satu kesalahan yang menghancurkan peluang korang. Majikan biasanya tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca satu-satu permohonan pekerjaan. Oleh itu, pastikan cover letter korang jenis:

  • ringkas
  • padat
  • memberi tumpuan kepada kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon.

3. Fail Terlalu Berat

larger file

Kesilapan yang paling kerap dilakukan oleh pencari kerja ialah menghantar resume dengan fail terlalu berat. Ini boleh menyusahkan majikan ketika membuka emel atau mengakses dokumen korang tu. Pastikan saiz fail resume korang adalah munasabah untuk memudahkan proses penyemakan.

4. Spam Terlalu Banyak Ke Dalam Emel

spam email

Menghantar banyak permohonan dalam satu emel kepada syarikat-syarikat yang berbeza boleh memberi kesan negatif kepada majikan. Ini menunjukkan kurangnya penelitian dan keengganan untuk meluangkan masa untuk setiap permohonan. Pastikan setiap permohonan dikirimkan secara berasingan dan disesuaikan dengan syarikat yang dituju.

5. Tiada Portfolio

portfolio

Pencari kerja dalam bidang kreatif atau IT sering kali lalai untuk menyertakan portfolio dalam resume mereka. Portfolio adalah cara terbaik untuk memperlihatkan bakat dan kebolehan korang kepada majikan. Pastikan korang menyertakan link atau sample kerja yang relevan dengan jawatan yang korang mohon.

Menghindari kesilapan-kesilapan ini adalah langkah penting dalam memastikan resume korang menonjol di kalangan pencari kerja yang lain. Ambil masa untuk menyemak semula resume sebelum menghantar, dan pastikan setiap butiran yang disertakan memberikan gambaran positif tentang diri korang kepada majikan. Dengan mengelakkan kesilapan-kesilapan ini, korang meningkatkan peluang untuk diperhatikan dan dipilih oleh majikan sebagai calon yang sesuai untuk jawatan yang dipohon.

Tapi, kalau korang masih lagi menghadapi kesusahan dalam mencari kerja tu, korang bolehlah mohon kerja kosong disini sebab banyak jawatan kosong dalam pelbagai bidang korang boleh mohon > MOHON KERJA KOSONG DALAM PELBAGAI BIDANG DISINI


Maukerja tempat paling ngam untuk korang cari peluang pekerjaan. Ada berlambak kerja kosong menanti korang! Explore kerja kosong disini. 

Drop Resume Maukerja