"Kerja Company Besar Pun Tak Terjamin" - Google Buang Lebih 1,000 Pekerja Termasuk Sekali Pengasas Fitbit
# Trending Semasa

"Kerja Company Besar Pun Tak Terjamin" - Google Buang Lebih 1,000 Pekerja Termasuk Sekali Pengasas Fitbit

post by Ani

by Ani

Jan 15, 2024
pada 3:50 PM

"Kerja Company Besar Pun Tak Terjamin" - Google Buang Lebih 1,000 Pekerja Termasuk Sekali Pengasas Fitbit

Apokalips dalam industri teknologi masih berterusan, dan kali ini, Google telah menyertai barisan dengan mengumumkan buang lebih 1000 pekerja. Proses penyusunan semula ini melibatkan bahagian peranti dan perkhidmatan mereka, mengejutkan lagi ramai orang, apabila pengasas Fitbit, James Park dan Eric Friedman turut sama dibuang.

Pemecatan melibatkan ratusan jawatan pada bahagian Pixel, Nest, dan Fitbit, menunjukkan usaha Google untuk menggabungkan pasukan rekaan perkakasannya di bawah satu payung. Langkah ini diambil untuk mengurangkan penggandaan tugas dalam organisasi, tetapi memberikan kesan kepada individu-individu yang terlibat. Bagi bahagian AR, majoriti kakitangan telah menjadi mangsa pemecatan. Walaupun begitu, Google memberi jaminan bahawa mereka masih komited kepada pembangunan AR pada masa ini. Ini mungkin memberi harapan kepada mereka yang tertanya-tanya mengenai masa depan teknologi ini di bawah naungan Google.

google

Sebelum ini, Google, Samsung, dan Qualcomm telah mengumumkan hasrat untuk membangunkan set kepala AR, tetapi dengan pemecatan ini, nampaknya pelan tersebut mungkin terpaksa ditangguhkan. Sejurus selepas pengumuman Apple Vision Pro, nampaknya terdapat pergeseran dinamik dalam industri ini.

Google juga telah membuat beberapa perubahan strategik, seperti menggantikan Nearby Share dengan Quick Share dan bekerjasama dengan Samsung untuk Wear OS. Ini mungkin menjadi petanda bahawa Google lebih cenderung untuk bekerjasama dengan rakan industri daripada membangunkan ciri-ciri secara individu.

Namun, masa depan Fitbit kelihatan kelam setelah jualan penjejak kesihatan ini ditarik dari beberapa pasaran, termasuk Malaysia. Selepas pengambilalihan oleh Google, nampaknya mereka hanya berminat kepada teknologi Fitbit tanpa komitmen serius untuk meneruskan penjualan produk secara lebih proaktif.

Keputusan ini mencetuskan persoalan mengenai hala tuju Google dalam menghadapi cabaran dalam industri teknologi yang sentiasa berubah. Mungkin ini hanya permulaan bagi gelombang pemecatan yang akan menyusul dari syarikat-syarikat teknologi utama lainnya. Kita tunggu dan lihat apakah apokalips ini akan berterusan atau memberikan ruang untuk transformasi yang lebih baik.


Maukerja tempat paling ngam untuk korang cari peluang pekerjaan. Ada berlambak kerja kosong menanti korang! Explore kerja kosong disini. 

Drop Resume