Akta Pekerja: Info Cuti Tahunan Yang Korang Perlu Tahu!
# Pengetahuan Pekerja

Akta Pekerja: Info Cuti Tahunan Yang Korang Perlu Tahu!

post by Ani

by Ani

Jan 16, 2025
pada 2:34 PM

Akta Pekerja: Info Cuti Tahunan Yang Korang Perlu Tahu!

Sebagai pekerja di Malaysia, memahami hak cuti yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955 adalah penting untuk memastikan keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi. Artikel ini akan memberikan panduan menyeluruh tentang jenis cuti yang awak layak tuntut, syarat kelayakan, dan cara memanfaatkannya.

cuti kerja

1. Cuti Rehat

Setiap pekerja berhak menikmati sekurang-kurangnya satu hari rehat penuh setiap minggu.

Perkara yang perlu awak tahu:

  • Majikan perlu memastikan pekerja mendapat rehat selama 24 jam tanpa gangguan dalam seminggu.
  • Jika pekerja dipanggil bekerja pada hari rehat tersebut, mereka layak menerima bayaran tambahan (OT):
  • 1 hari gaji untuk kerja dalam waktu biasa.
  • 2 kali gaji untuk kerja lebih masa.

Contoh situasi praktikal:
Jika Ahmad, bekerja sebagai operator mesin, dan dia diminta bekerja pada hari rehat mingguannya, dia berhak menerima bayaran mengikut kadar tambahan seperti yang ditetapkan oleh undang-undang.

2. Cuti Umum

Setiap pekerja di Malaysia berhak menikmati cuti umum berbayar sebanyak 11 hari dalam setahun, termasuk:

  • Hari Kebangsaan
  • Hari Malaysia
  • Perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri atau Tahun Baru Cina

Jika bekerja pada cuti umum:

  • Awak berhak menerima bayaran gaji dua kali ganda untuk waktu kerja biasa.
  • Tiga kali gaji akan dibayar jika bekerja lebih masa.

Nota tambahan:
Sekiranya cuti umum jatuh pada hari rehat mingguan, cuti tersebut akan digantikan ke hari berikutnya.

Kadar OT

3. Cuti Tahunan

Cuti tahunan memberikan pekerja peluang untuk berehat tanpa kehilangan pendapatan.

Kelayakan cuti tahunan mengikut tempoh perkhidmatan:

  • 8 hari: Kurang daripada 2 tahun perkhidmatan.
  • 12 hari: 2 hingga 5 tahun perkhidmatan.
  • 16 hari: Lebih daripada 5 tahun perkhidmatan.

Cuti Tahunan

4. Cuti Sakit

Pekerja yang tidak sihat berhak mendapatkan cuti sakit berbayar selagi memenuhi syarat-syarat tertentu. Terdapat banyak perkara yang awak perlu tahu mengenai cuti sakit.

Kadar kelayakan cuti sakit:

  • 14 hari: Kurang dari 2 tahun perkhidmatan.
  • 18 hari: 2 hingga 5 tahun perkhidmatan.
  • 22 hari: Lebih daripada 5 tahun perkhidmatan.
  • Tambahan 60 hari: Jika rawatan hospital diperlukan.

Cuti Sakit

Langkah penting:
Pastikan awak mendapatkan sijil sakit yang disahkan oleh doktor dan menyerahkannya kepada majikan.

5. Cuti Bersalin

Bagi pekerja wanita, cuti bersalin adalah hak yang wajib diberikan oleh majikan.

Tempoh cuti bersalin:

  • 98 hari berbayar untuk setiap kelahiran.
  • Cuti bersalin hanya diberikan untuk lima kelahiran pertama.

Kelayakan:

  • Pekerja mesti bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam tempoh 9 bulan sebelum bersalin.

Tips praktikal:
Berikan notis kepada majikan sekurang-kurangnya 60 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin untuk memudahkan urusan.

6. Cuti Paterniti

Hak cuti paterniti diperkenalkan untuk memberi sokongan kepada pekerja lelaki yang baru bergelar bapa.

Hak pekerja lelaki:

  • 7 hari cuti paterniti berbayar.
  • Terhad kepada kelahiran lima anak pertama.

Nota penting:
Pastikan awak memenuhi syarat perkhidmatan selama 12 bulan dengan majikan untuk melayakkan diri.

7. Cuti Tanpa Gaji

Cuti tanpa gaji adalah cuti yang diberikan atas budi bicara majikan dan bukanlah hak automatik. Cuti tanpa gaji ada syaratnya dan ada juga cara permohonannya yang awak perlu ikuti.

Kebiasaannya dimohon untuk:

  • Situasi kecemasan keluarga.
  • Masalah kesihatan yang memerlukan masa pemulihan panjang.

Apa yang perlu awak lakukan?
Maklumkan kepada majikan lebih awal dan sediakan dokumen sokongan untuk membantu proses permohonan.

Nak Cari Kerja? Jom, Drop Resume Di Maukerja!

Sebagai pekerja, memahami hak cuti awak adalah penting untuk memastikan awak tidak terlepas manfaat yang diperuntukkan di bawah undang-undang. Sekiranya majikan gagal mematuhi peraturan ini, awak boleh melaporkan perkara tersebut kepada Jabatan Tenaga Kerja.

Hak cuti bukan sahaja menjaga kebajikan pekerja, tetapi juga memberi peluang untuk memperbaiki keseimbangan kerja-kehidupan. Pastikan awak kongsikan artikel ini dengan rakan sekerja supaya lebih ramai yang tahu mengenai ini.

Kalau awak tengah nak mencari kerja, boleh la drop resume di Maukerja. Bayangkan satu resume awak dilihat oleh beribu majikan yang berminat dengan hanya Drop Resume je! Jom Drop Resume disini.

Drop resume