7 Tips Dapat Interview Kurang Dari Sebulan! Confirm Tak Sempat Menganggur Lama
# Jenis Pekerjaan

7 Tips Dapat Interview Kurang Dari Sebulan! Confirm Tak Sempat Menganggur Lama

post by Ani

by Ani

Jan 29, 2024
pada 3:16 PM

7 Tips Dapat Interview Kurang Dari Sebulan! Confirm Tak Sempat Menganggur Lama

Nak share tips supaya korang boleh dapat interview dalam masa kurang dari sebulan! Memang tak payah risau dah nak menganggur lama. Jom kita tengok tips-tips yang boleh membantu korang mencapai impian tu!

1. Pastikan Resume Anda ATS Friendly

ATS

ATS, atau Applicant Tracking System, ni kira macam 'gatekeeper' untuk resume korang. Pastikan resume korang senang dibaca oleh ATS. Gunakan perkataan kunci yang relevan dengan kerja yang korang mohon. Kalau tak sure, google je perkataan-perkataan yang biasa digunakan dalam bidang tu!

Lepas dah buat resume tu, korang boleh je terus check resume anda ATS Friendly atau tak disini > CHECK DISINI <

2. Buat Resume Anda Based On Job Description

Jangan malas nak customize resume ikut job description. Letakkan penekanan pada pengalaman dan kemahiran yang berkaitan dengan kerja yang korang mohon. Ingat, quality over quantity! Jangan nak apply semua position pakai resume yang sama je tau lepastu elak juga guna font yang tak patut dala resume. Antara 10 font yang korang patut elak guna dalam resume ialah > RUJUK FONT YANG PERLU DIELAK DISINI <

Baca: Template Resume Dalam Pelbagai Jawatan

3. Join Career Fair Untuk Bina Network

Jangan remehkan kuasa networking! Join career fair untuk kenal orang dalam industri korang. Bukan sekadar bagi resume, tapi boleh dapat insight tentang company dan job market. Siapa tahu, boleh dapat referral!

4. Subscribe Linkedin Premium (Optional)

Linkedin

Kalau mampu, subscribe Linkedin Premium. Banyak kelebihan, antaranya boleh lihat siapa yang view profile korang, dan boleh contact recruiters terus. Tapi kalau bajet ketat, yang basic pun dah cukup membantu.

Baca: Rancang Langkah Kejayaan Kerjaya Anda Disini

5. Pastikan Ada Linkedin Personal Branding

Jangan malas update Linkedin profile! Letakkan pengalaman, kemahiran, dan projek-projek yang korang dah buat. Upload juga gambar profile yang professional. First impression bermula di sini!

6. Apply Kerja Ikut Timing Yang Betul

Timing penting! Kalau boleh, apply kerja kosong seawal mungkin selepas iklan dimuat naik. Biasanya, recruiter akan layan permohonan awal lebih positif. Jangan lambat sangat apply, nanti kena tunggu giliran.

Jangan Hantar Resume Korang Pukul 3 Petang! Ini Sepatutnya Timing Yang Betul > CHECK TIMING BETUL HANTAR RESUME DISINI <

7. Follow Up Hiring Managers Di Email Selepas Apply Kerja

Jangan malu untuk follow up! Hantar email selepas apply kerja. Boleh tanya perkembangan application, tunjukkan minat korang pada jawatan tu. Ini tunjukkan inisiatif korang.

Jadi, gais, jangan stress. Ikut tips-tips ni, confirm dalam sebulan boleh dapat interview. Ingat, keyakinan diri tu penting! Semoga korang berjaya dapat kerja impian dalam masa terdekat! Good luck!


Cari Peluang Kerja Dengan Maukerja Disini: