Puasa Dah Nak Dekat! Ini 5 Cara Mudah Dapat Jana Side Income Tanpa Perlu Bersusah Payah
# Jenis Pekerjaan

Puasa Dah Nak Dekat! Ini 5 Cara Mudah Dapat Jana Side Income Tanpa Perlu Bersusah Payah

post by Ani

by Ani

Jan 30, 2024
pada 10:57 AM

Puasa Dah Nak Dekat! Ini 5 Cara Mudah Dapat Jana Side Income Tanpa Perlu Bersusah Payah

Tak lama lagi kita akan menyambut bulan puasa. Selain daripada persiapan menunaikan ibadah puasa, mungkin kita juga boleh ambil peluang untuk dapatkan sedikit side income. Jangan risau, kami ada kumpulkan 5 cara mudah yang boleh kita cuba tanpa perlu bersusah payah sangat. Mari kita tengok!

1. Jual Barangan Terpakai (Preloved)

Preloved

Rumah kita selalu penuh dengan barang-barang terpakai yang masih boleh diguna. Sebelum kita fikir untuk buang, kenapa tidak cuba jual sebagai barang preloved? Pakaian, peralatan dapur, atau barang kecil yang masih elok boleh jadi side income untuk korang. Platform dalam talian macam Carousell atau Facebook Marketplace adalah tempat yang bagus untuk mula berniaga.

2. Menjual Barangan Handmade

handmade

Kalau kita ada bakat dalam membuat barangan handmade, kenapa tidak jadikan ia sebagai sumber side incomen? Mulai dari sulaman hingga hasil kerja DIY, ramai yang suka dengan barangan unik dan eksklusif. Platform seperti Etsy atau Instagram boleh kita gunakan untuk memasarkan hasil seni tangan kita. Selain jadi side income, kita juga dapat tunjukkan bakat kreatif kita kepada orang ramai.

3. Menawarkan Khidmat Freelance

freelance

Kalau kita mahir dalam sesuatu bidang seperti penulisan dan rekaan grafik mengapa tidak cuba jadi freelancer? Ada banyak platform seperti Upwork atau Fiverr yang membolehkan kita menawarkan khidmat kita dan dapatkan pelanggan. Masa yang ada sebelum puasa ni adalah peluang terbaik untuk explore kemahiran kita dan mendapat ganjaran daripada perkhidmatan freelance.

Baca: Template Resume Dalam Pelbagai Jawatan

4. Menyediakan Service

servis bersih rumah

Mungkin kita ada kemahiran tertentu yang boleh dijadikan service. Contohnya, menyediakan perkhidmatan pembersihan rumah, menyediakan makanan untuk majlis, atau menyediakan perkhidmatan jahit. Banyak orang akan mencari bantuan tambahan menjelang puasa, jadi kita boleh tawarkan kemahiran kita sebagai penyelesaian kepada mereka.

5. Memulakan Perniagaan Kecil Sendiri

small business

Kalau kita ada idea untuk perniagaan kecil sendiri, kenapa tidak cuba laksanakan sebelum puasa? Mungkin boleh jual biskut puasa, hasilkan dekorasi rumah, atau cipta produk unik berkaitan dengan bulan suci ni. Dengan pelbagai platform dalam talian, memulakan perniagaan kecil tidak lagi sukar.

Jadi, sebelum puasa tiba, jom kita manfaatkan peluang ni untuk jana side income tambahan. Dengan kreativiti dan usaha, pasti kita boleh tingkatkan pendapatan sampingan sambil menikmati proses mencari rezeki tambahan menjelang bulan puasa.