Tidak Susah Seperti Yang Disangka! Wanita Ini Kongsi Cara Senang Dapat Kerja Di Arab Saudi
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Tidak Susah Seperti Yang Disangka! Wanita Ini Kongsi Cara Senang Dapat Kerja Di Arab Saudi

post by Ani

by Ani

Feb 4, 2024
pada 10:49 AM

Tidak Susah Seperti Yang Disangka! Wanita Ini Kongsi Cara Senang Dapat Kerja Di Arab Saudi

Bagi ramai orang, mendapatkan pekerjaan di luar negara merupakan satu cabaran yang besar. Walau bagaimanapun, Asma, seorang wanita Malaysia, berkongsi pengalamannya dalam mendapatkan pekerjaan di Riyadh, Arab Saudi melalui platform TikTok. Beliau memberikan tips dan teknik yang digunakannya untuk mencapai kejayaan ini dalam memohon kerja di Arab Saudi.

Untuk mendapatkan pekerjaan di luar negara, kebanyakan orang tergoda oleh peluang gaji yang lebih tinggi dan insentif yang menarik. Walaupun mencari pekerjaan ini bukan perkara yang mudah, Asma membuktikan bahawa ia bukanlah sesuatu yang mustahil dengan pengetahuan dan pendekatan yang betul.

Cara Apply Kerja Di Saudi

Dalam perkongsian videonya, Asma mendedahkan bahawa beliau tidak membuat permohonan untuk berkerja di Riyadh. Sebaliknya, beliau didekati oleh pengurus pengambilan pekerja dari Hotel Hilton Riyadh. Ini membuktikan bahawa kadang-kadang peluang datang kepada kita jika kita membangunkan profil profesional secara berkesan.

Asma menekankan bahawa langkah pertama yang perlu diambil adalah memastikan kesahihan profil individu yang mendekati anda dengan tawaran pekerjaan. "Kalau dapat tawaran macam tu, lebih baik periksa profil dia betul-betul, pastikan profil itu benar," ujarnya dalam videonya.

Dalam penjelasannya, Asma mendedahkan bahawa beliau didekati oleh pengurus pengambilan pekerja hotel tersebut kerana mereka melihat profil LinkedIn miliknya. Mereka mendapati bahawa beliau memiliki kelayakan yang bersesuaian dengan pekerjaan yang ditawarkan. Oleh itu, langkah seterusnya yang disyorkan adalah untuk sentiasa mengemaskini akaun LinkedIn.

Arab Saudi

"Rajin-Rajinlah kemas kini akaun LinkedIn. Aktifkan LinkedIn tu. Apa yang anda buat dekat tempat kerja pos je," ulasnya lagi.

Menurut Asma, kita tidak akan tahu bila masa recruitment manager sedang mencari pekerja baru. Oleh itu, adalah penting untuk sentiasa mengemaskini akaun LinkedIn untuk meningkatkan peluang didekati oleh majikan potensial.

Asma juga memberikan nasihat kepada rakyat Malaysia yang ingin bekerja di Arab Saudi untuk menyelidiki terlebih dahulu jenis pekerjaan yang tersedia di sana. Ini kerana tidak semua pekerjaan sesuai untuk rakyat Malaysia, dan hanya beberapa industri tertentu yang membenarkan permohonan pekerjaan dari luar negara.

Perkongsian Asma telah mendapat perhatian netizen di pelbagai platform media sosial. Banyak yang sedar betapa pentingnya penggunaan LinkedIn untuk mendapatkan peluang pekerjaan, sama ada di dalam Malaysia atau di luar negara.