“Basic Gaji Graphic Design RM1,600 Sebab Tak Ada Pengalaman" - Gadis Lulusan Degree Tergamam Gaji Ditawarkan Rendah
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

“Basic Gaji Graphic Design RM1,600 Sebab Tak Ada Pengalaman" - Gadis Lulusan Degree Tergamam Gaji Ditawarkan Rendah

post by Ani

by Ani

Feb 5, 2024
pada 9:52 AM

“Basic Gaji Graphic Design RM1,600 Sebab Tak Ada Pengalaman" - Gadis Lulusan Degree Tergamam Gaji Ditawarkan Rendah

Setelah menamatkan pengajian, kehidupan dewasa pun bermula bagi para siswazah yang penuh harapan menanti tawaran pekerjaan dari syarikat swasta atau kerajaan. Namun, isu gaji masih menjadi perdebatan hangat hingga ke hari ini, kerana terdapat syarikat-syarikat yang menawarkan gaji yang rendah kepada individu yang baru memasuki pasaran pekerjaan tanpa pengalaman yang mencukupi.

Baru-baru ini, satu video yang menjadi viral di media sosial memaparkan seorang gadis yang hanya ditawarkan gaji permulaan sebanyak RM1,600 untuk jawatan 'graphic designer', walaupun beliau memiliki ijazah sarjana muda. Gadis tersebut berkongsi bahawa gaji sebanyak RM1,600 tersebut tidak setimpal dengan pencapaian akademiknya, terutama apabila beliau berkerja di Kuala Lumpur, sementara gaji pekerja retail yang memegang hanya sijil SPM jauh lebih tinggi.

graduan

“Basic graphic design RM1,600 hidup kat KL, hangpa rasa aku nak hidup macam mana? Tapi aku pergi interview retail dapat basic RM3,000,” luahnya.

Menurutnya, walaupun beliau tidak mempunyai pengalaman kerja dalam bidang retail, beliau masih diberikan gaji sebanyak RM3,000. Sebaliknya, sebagai seorang pereka grafik yang baru bermula, beliau hanya ditawarkan gaji permulaan RM1,600.

“Aku ada ijazah.. basic RM1,600 sebab aku tak ada pengalaman. Aku buat retail tak ada experience juga basic aku still lagi RM3,000 berlandaskan SPM. Tu pun tak tengok sangat result aku. Baik aku balik kampung,” katanya lagi.

graphic design

Di ruang komen, kebanyakan netizen menyatakan pendapat bahawa gaji tersebut tidak sepadan dengan kos hidup yang semakin meningkat. Mereka juga memberikan cadangan kepada gadis itu untuk mempertimbangkan menjadi pekerja bebas atau 'freelance' sebagai pereka grafik untuk mengumpul lebih banyak pengalaman.

Ada juga yang mendedahkan bahawa realiti dalam bidang pereka grafik sering melibatkan gaji yang rendah. Walau bagaimanapun, dengan portfolio yang kukuh, individu tersebut masih dapat menuntut gaji yang lebih tinggi dalam beberapa tahun ke depan.