Berita Gembira! Sebanyak RM2,000 Insentif Awal Bakal Diberikan Kepada Penjawat Awam
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Berita Gembira! Sebanyak RM2,000 Insentif Awal Bakal Diberikan Kepada Penjawat Awam

post by Ani

by Ani

Feb 5, 2024
pada 1:40 PM

Berita Gembira! Sebanyak RM2,000 Insentif Awal Bakal Diberikan Kepada Penjawat Awam

PUTRAJAYA - Pada 23 Februari ini, bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan disalurkan kepada semua penjawat awam, termasuk pesara, secara sekali gus. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa bayaran ini bertujuan untuk meringankan beban persediaan persekolahan serta menyambut Ramadan dan Syawal.

Menurut beliau, bayaran insentif awal sebanyak RM2,000 akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk mereka yang dilantik secara kontrak. Manakala, RM1,000 akan diberikan kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam. Bayaran sebanyak RM1,000 juga akan diberikan kepada semua pesara Kerajaan, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

Penjawat awam dapat insentif

"Kerajaan tidak hanya membela nasib penjawat awam, tetapi juga memberi tumpuan kepada setiap peringkat dalam masyarakat," kata Anwar semasa berucap di Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Anwar menekankan bahawa kerajaan menambah peruntukan untuk setiap skim dan bantuan tunai kepada rakyat secara keseluruhannya, bukan hanya kepada penjawat awam sahaja.

"Kerajaan memberikan perhatian kepada setiap sektor, termasuk pekebun kecil, orang kurang upaya (OKU), nelayan, dan lain-lain. Sebagai contoh, kami telah meningkatkan insentif pengeluaran getah dari RM2.70 pada tahun 2023 kepada RM3 pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM400 juta," jelasnya.