Majikan Dari Neraka! Pergi Tandas Dan Minum Air Masa Kerja Kena Tolak Gaji Sampai RM1,000!
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Majikan Dari Neraka! Pergi Tandas Dan Minum Air Masa Kerja Kena Tolak Gaji Sampai RM1,000!

post by Ani

by Ani

Feb 20, 2024
pada 5:52 PM

Majikan Dari Neraka! Pergi Tandas Dan Minum Air Masa Kerja Kena Tolak Gaji Sampai RM1,000!

Sebuah rangkaian ramen popular baru-baru ini menjadi tumpuan kritikan kerana kontroversi yang didakwa mengenakan denda cuti sakit dan hukuman lain kepada kakitangan atas pelanggaran tingkah laku. Pekerja bakal kena tolak gaji kalau membuat kesalahan yang mereka telah senaraikan.

Seorang pengguna media sosial menyuarakan ketidakpuasan hati dan berkongsi gambar senarai tanggungjawab kakitangan beserta denda yang perlu mereka bayar jika melakukan sesuatu kesalahan.

Penalty 1

Antara contoh senarai kesalahan yang dikenakan penalti ialah seperti MC dimana pekerja akan dikenakan penalti sebanyak RM100 untuk sehari MC. Manakala kalau pergi ke tandas dan minum air pula dikenakan RM500 untuk setiap kesalahan.

Posting itu menjadi viral di pelbagai platform rangkaian sosial dengan ramai yang mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan. Menurut posting tersebut, perniagaan makanan dan minuman itu mengenakan denda yang berkisar antara RM30 hingga RM500.

penalti 2

Netizen mengatakan bahawa hukuman-hukuman seperti pergi ke tandas dan cuti sakit adalah mengejutkan dan tidak bermoral. Kontroversi ini telah membangkitkan debat mengenai hak pekerja dan tanggungjawab majikan.

Jadi apa pendapat anda mengenai hal ini?