Ini 4 Sebab Utama Kenapa Korang Susah Sangat Nak Dapat Kerja
# Pengetahuan Pekerja

Ini 4 Sebab Utama Kenapa Korang Susah Sangat Nak Dapat Kerja

post by Khair

by Khair

Jul 21, 2016
pada 4:39 AM

Mesti korang selalu tertanya-tanya kenaplah susah sangat nak dapatkan pekerjaan pada zaman sekarang ni lebih-lebih lagi dalam bidang professional. Sampai mungkin korang tak tahu di mana silapnya dan apa yang patut korang perbaiki supaya majikan memandang korang untuk diambil bekerja. 

Admin nak kongsikan 5 faktor utama sebab apa korang masih gagal:

1.Tak Fasih Berkomunikasi Dalam Bahasa Inggeris

Tak dinafikan lagi keperluan untuk mampu berbahasa Inggeris adalah penting pada hari ini di samping bahasa ibunda. Tapi ramai  yang tersilap bila nak cari kerja baru mula rasa menyesal sebab tak ambil serius untuk belajar bahasa Inggeris di sekolah dulu.

Korang mesti tahu bahawa walaupun ada syarikat 100% bumiputera, mereka masih mencari calon yang berbolehan untuk berkomunikasi dengan baik dalam berbahasa Inggeris. Sebab kebanyakan urusan pekerjaan yang melibatkan syarikat-syarikat ternama atau antarabangsa memang mengunakan medium Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara.

Jadi korang kene 'brush up' skill berbahasa Inggeris walaupun mungkin grammar berterabur atau salah, asalkan ada usaha untuk perbaiki korang mesti boleh.

2. Tidak Profesional

Segelintir daripada korang mesti mula berasa gelisah sebab tak tahu bagaimana hendak bersikap prefessional dalam menempuh alam kerjaya. Sebagai contoh, apa yang korang fikirkan bila majikan membaca email yang korang hantarkan seperti inii “sy baru grad, ada degree dlm bidang ni.” Tentu sekali email korang akan terus dibuang dan tak dilayan langsung. 

Dengan bahasa yang entah apa-apa dan tatacara yang memang tak mengikut standard, tak hairan dan tak mustahillah masih ramai graduan yang menganggur di luar sana. Korang patut melatih diri untuk bertutur dengan kata-kata yang elok dan tersusun serta bersikap formal ketika berurusan dalam pekerjaan.

Memang sangat digalakkan untuk korang belajar tulis email permohonan kerja dengan betul, buat cover letter yang tersusun dan mempraktikkan serba sedikit tatacara dan profesionalisme di tempat kerja.

3. Bersikap Terlalu Memilih

Bijak memilih memang patut tetapi bersikap terlalu memilih bukanlah satu habit yang baik. Secara generalnya tak salah untuk kita pilih kerja mengikut citarasa diri, tapi kalau terlalu memilih sampai tak sanggup berkorban keselesaan diri untuk mendapatkan pekerjaan akan membuatkan korang sampai bila-bila tak akan gembira dengan kerja yang dibuat.

Satu perkara saja korang boleh dapatkan pekerjaan yang perfect diaitu dengan buat perniagaan sendiri. Yang ni kalau ditanya orang bisnes, mesti diorang akan 100% setuju. Sebab korang bekerja sendiri dan mengikut segala-galanya kehendak dan keputusan diri berbanding kalau kerja dengan orang, korang mesti ada benda yang tak kena, jadi kenalah suaikan diri dan belajar bersikap toleransi dan memahami

4. Majikan Yang Mengambil Kesempatan

Hari ini, semua majikan tahu bahawa berlaku lambakan graduan dan syarikat yang menawarkan kerja kosong tak banyak dan sangat terhad. Jadi apa yang mereka buat adalah dengan menawarkan kerja yang bergaji serendah mungkin terutama untuk fresh graduate sekarang.

Memanglah kalau boleh syarikat nak menjimatkan kos operasi, tapi kalau gaji terlalu rendah memang ramailah orang yang tak berminat nak terima tawaran tu. Tapi mereka tahu, dalam ramai yang tak berminat, ada yang masih sanggup.

Kadang-kadang bukan calon yang terlalu memilih untuk bekerja tapi majikan yang terlalu kedekut. Hal ini pun perlu diambil perhatian oleh pihak yang berwajib.

Sumber: Ariff Shah