Ini 5 Tips Yang Akan Menjawab Kecelaruan Korang Untuk Memilih Kerjaya
# Pengetahuan Pekerja

Ini 5 Tips Yang Akan Menjawab Kecelaruan Korang Untuk Memilih Kerjaya

post by Khair

by Khair

Jul 26, 2016
pada 7:26 AM

Sesetengah orang sangat bertuah sebab mereka sudahpun tahu apa rancang masa depan dan apa jalan pekerjaan yang mereka ingin tempuhi. Tapi tak semua punyai keyakinan dan bakat untuk mencapai apa yang mereka angan-agankan. Kadang-kadang terdapat banyak halangan yang menganggu perancangan untuk mengejar cita-cita dan impian. Jadi apa pilihan lain yang kita punya?

Kebanyakan orang tidak mempunyai pelbagai visi dalam hidup mereka. Memilih hanya satu jalan atau kerjaya adalah cara yang kurang bijak kerana bila pilihan yang dibuat tidak menjadi kenyataan kita mula berasa putus asa dan bagaikan putus akal. Jadi korang kena bersiap sedia untuk menghadapai pelbagai kemungkinan. 

Sebagai contoh, korang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, tapi kenyataannya korang tak ada kemampuan disebabkan keputusan exam yang kurang baik atau tak dapat placement. Jadi apa je yang korang boleh buat?

Kali ini admin akan berkongskikan sedikit tips macam mana korang dapat mengenal pasti kerjaya yang betul-butul korang mampu dan berkebolehan dalam melakukannya:

1. Hobi Dan Minat

Korang boleh fikirkan apa-apa perkara yang korang suka lakukan pada waktu lapang dan korang boleh cari jalan untuk cuba menjadikan skill dalam aktiviti kegemaran itu sebagai kerjaya yang korang mahu lakukan. Bila buat kerja yang korang suka ia akan membuatkan korang lebih bersemangat dan tak pernah jemu. 

Sebagai contoh korang suka menjadi jurulatih sukan tapi ia bukan bermakna korang harus menjadi coach bola sepak atau badminton tetapi korang boleh mengaplikasikan skill 'leadership' yang korang ada dalam kerjaya. Sebagai contoh menjadi seorang guru juga memerlukan korang untuk mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi untuk ditunjukkan kepada pelajar anda. 

Bila korang mampu menggunakan kebolehan yang korang ada ia bermakna korang akan mampu membuatkan kerja yang korang lakukan dengan penuh minat dan bersemangat.

2. Apa Yang Korang Hargai

Apakah perkara yang penting kepada diri korang? Setiap orang mempunyai makna yang berbeza dalam mendefinisikan 'kejayaan'. Sesetengah orang menganggap bahawa menjadi kaya raya merupakan 'ultimate goal' mereka dan ada pula merasakan mempunyai masa yang cukup untuk keluarga dan diri adalah sumber kegembiraan dalam kehidupan.

Apa-apapun makna kejayaan itu ia boleh mempengaruhi diri korang dari segi peluang kerjaya yang membuatkan korang mampu mencapainya. Sebagai contoh jika korang ingin melipat gandakan income atau duit poket korang bidang business adalah jalan yang terbaik untuk korang ceburi. Kalau masa menjadi keutamaan diri korang, bekerja sendiri adalah jalan terbaik kerana korang tak terikat dengan mana-mana peraturan kerja yang ditetapkan majikan.

3. Jenis Kehidupan Yang Diimpikan

Korang harus berpandangan jauh dalam menentukan bagaimanakah kehidupan yang korang inginkan pada 5 tahun akan datang? atau 10 tahun akan datang? Bukan saja merancang tapi korang harus tahu macam mana nak menjadikan impian korang menjadi satu realiti. 

Sebagai contoh korang nak jadi seorang photographer professional yang sukakan cabaran. Dari sekarang korang mungkin sudah punyai top list tempat-tempat mencabar yang korang mahu pergi seperti ke kawasan peperangan atau bencana. Dengan melihat visi pada masa hadapan korang perlu bijak mencari jalan agar dapat mencapai kehidupan yang korang impikan.

4. Sanggup Berkorban Untuk Sesuatu

Ramai yang berkata 'Tiada perkara yang percuma pada dunia hari ini' membuatkan sehingga untuk ke tandas awam kita perlu membayar sekurang-kurangnya 30sen. Jadi begitu juga untuk mendapatkan pekerjaan yang kita betul-betul kita mahukan, di mana pengorbanan bukanlah satu perkara yang senang untuk dilakukan. Banyak perkara yang korang harus cuba korbankan demi mengejar cita-cita tersebut.

Sebagai contoh apabila korang berminat untuk menjadi seorang pelakon korang seharusnya bekorban menahan rasa malu dalam latihan harian di mana bakat dan rupa korang akan dinilai oleh mereka yang berpengalaman dan professional. Korang seboleh-bolehnya perlu menebalkan muka dan menanggung malu sedaya upaya untuk merealisasikan cita-cita korang tu.

Tapi kalau sikap pengorabananpun tak hadir dalam diri, apakah korang akan mampu mengejar cita-cita korang?

5. Apakah Subjek Kegemaran Di Sekolah

Mungkin agak pelik untuk korang mengimbas kembali zaman pesekolahan tapi ini adalah teknik untuk melihat apakah perkara atau bidang apakah yang korang cenderung untuk lakukan dalam bidang pekerjaan. Setiap orang ada subjek kegemaran yang tersendiri dan melihat keputusan peperiksaan, korang selalunya dapati subjek kegemaran inilah yang dapat skor terbaik.

Sebagai contoh kalau korang minat bidang pendidikan seni dan memang tak dinafikan korang memang berbakat dalam melukis dan mewarna bidang grafik design atau architecture adalah pekerjaan yang sesuai untuk diri korang. Korang akan gembira dengan pilihan yang korang buat sebab kerja tersebut memang minat dan bakat yang korang ada!

Lain pula jadinya kalau korang minat mass-communication tapi ambil bidang paramedik, agak-agak tak ke korang rasa menyesal suatu hari nanti? Jadi carilah bidang yang korang betul-betul minat dan 'boleh masuk'.