Gaji Minimum Pekerja Asing RM1700 Juga Ke? Ini Jawapannya
# Pengetahuan Pekerja

Gaji Minimum Pekerja Asing RM1700 Juga Ke? Ini Jawapannya

post by Ani

by Ani

Nov 7, 2024
pada 1:54 PM

Gaji Minimum Pekerja Asing RM1700 Juga Ke? Ini Jawapannya

Mulai 1 Februari 2025, kerajaan Malaysia akan melaksanakan gaji minimum baharu sebanyak RM1,700 sebulan, melibatkan semua pekerja di sektor swasta. Tetapi bagaimana pula dengan pekerja asing?

Adakah gaji minimum pekerja asing turut sama dengan pekerja tempatan? Artikel ini akan menjawab persoalan ini serta menggariskan keperluan dan perlindungan yang diberikan kepada pekerja asing di bawah undang-undang buruh Malaysia.

Gaji Minimum Pekerja Asing: Sama atau Berbeza Dengan Pekerja Tempatan?

Pekerja Asing

Jawapannya: Ya, pekerja asing juga layak mendapat gaji minimum yang sama seperti pekerja tempatan, iaitu RM1,700 sebulan bermula pada Februari 2025. Menurut undang-undang buruh Malaysia, tiada perbezaan gaji minimum antara pekerja tempatan dan pekerja asing. Ini adalah selaras dengan Konvensyen ILO No.100 mengenai Persamaan Imbuhan yang diratifikasi Malaysia pada 1997. Konvensyen ini menekankan bahawa tiada pekerja, tanpa mengira kewarganegaraan, harus didiskriminasi dari segi gaji untuk pekerjaan yang setara.

Tambahan pula, Seksyen 69F Akta Kerja 1955, Seksyen 118B Ordinan Buruh Sabah (Bab 67), dan Seksyen 119B Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) melarang majikan daripada mendiskriminasi pekerja berdasarkan asal-usul negara. Oleh itu, pekerja asing layak mendapat gaji minimum yang ditetapkan, sama seperti pekerja tempatan.

Perintah Gaji Minimum (PGM) RM1,700 ini meliputi hampir semua sektor pekerjaan di Malaysia, namun terdapat beberapa pengecualian. Pekerja dalam sektor perkhidmatan domestik dan program kontrak perantisan adalah terkecuali daripada gaji minimum ini. Bagi pekerja asing yang bekerja sebagai pembantu rumah, misalnya, kadar gaji mereka tidak diikat oleh PGM. Namun, ini tidak bermaksud mereka tidak layak menerima gaji yang berpatutan. Gaji mereka tertakluk kepada persetujuan antara majikan dan pekerja, atau ejen yang menguruskan proses pengambilan pekerja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa gaji minimum RM1,700 sebulan ini akan berkuat kuasa pada 1 Februari 2025 bagi syarikat yang menggaji lima pekerja atau lebih, serta majikan dalam sektor profesional tanpa mengira bilangan pekerja. Namun, bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja, pelaksanaan gaji minimum ini ditangguhkan selama enam bulan, sehingga 1 Ogos 2025.

Antara sektor profesional yang disenaraikan mengikut Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) 2020 termasuk profesional dalam bidang:

Justeru, majikan dalam sektor-sektor ini wajib membayar pekerja asing dan tempatan sekurang-kurangnya gaji minimum yang ditetapkan.

Kerja kosong dalam pelbagai bidang

Apa Jadi Kalau Majikan Tidak Mematuhi Gaji Minimum?

Majikan yang gagal mematuhi PGM berhadapan dengan tindakan undang-undang. Pihak berkuasa buruh seperti Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), JTK Sabah, dan JTK Sarawak bertanggungjawab memastikan pematuhan PGM. Majikan yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan denda antara RM1,000 hingga RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun.

Majikan juga tidak boleh membayar gaji yang lebih rendah dari RM1,700 walaupun pekerja bersetuju untuk menerima jumlah tersebut. Menurut Seksyen 43 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732), majikan diwajibkan membayar gaji minimum kepada pekerja, dan sebarang persetujuan untuk menerima gaji pokok yang lebih rendah adalah tidak sah.

Artikel Berkaitan: Gaji Minimum Di Malaysia Dari Tahun 2014 Hingga 2025

Nak Cari Kerja Kosong? Mohon Sahaja Kerja Di Portal Maukerja 

Gaji minimum RM1,700 yang akan dikuatkuasakan pada Februari 2025 merangkumi semua pekerja asing di Malaysia. Ini adalah satu langkah positif yang memastikan pekerja asing menerima gaji yang setimpal tanpa sebarang diskriminasi.

Bagi pekerja tempatan atau asing yang ingin mencari peluang kerjaya baru dengan kadar gaji yang lebih baik, peluang sentiasa ada di portal MauKerja. Jom, tengok dan mohon pelbagai jawatan kosong yang sesuai dengan kelayakan anda. Klik sini untuk start mohon kerja!

Kerja kosong


FAQ Berkaitan Gaji Minimum

1. Adakah gaji minimum RM1,700 terpakai kepada pekerja asing?
Ya, pekerja asing di Malaysia layak menerima gaji minimum RM1,700, sama seperti pekerja tempatan.

2. Adakah pekerja domestik asing juga layak menerima gaji minimum?
Tidak, pekerja dalam sektor perkhidmatan domestik dikecualikan daripada gaji minimum ini. Namun, mereka tetap perlu dibayar gaji yang adil.

3. Apakah tindakan yang boleh diambil jika majikan tidak membayar gaji minimum?
Majikan yang gagal membayar gaji minimum boleh dikenakan denda antara RM1,000 hingga RM20,000 atau penjara hingga lima tahun.

4. Adakah pekerja boleh bersetuju dengan gaji lebih rendah dari gaji minimum?
Tidak, majikan wajib membayar gaji minimum, walaupun pekerja bersetuju dengan jumlah lebih rendah.

5. Bilakah gaji minimum RM1,700 akan dikuatkuasakan?
Gaji minimum baharu ini akan berkuat kuasa pada 1 Februari 2025 bagi majikan yang mempunyai lima pekerja atau lebih, dan 1 Ogos 2025 bagi majikan dengan kurang daripada lima pekerja.


Nak Share Link Kerja Dengan Kenalan Anda?

Nak share link kerja dengan someone tapi tak tahu macam mana nak buat di portal Maukerja? Meh, admin tunjuk 2 step mudah! Ikut je cara dibawah dan try share job link mulai harini.

Share job link

Langkah 1: Klik icon seperti gambar diatas untuk dapatkan link share job

Copy Share Job Link

 

Langkah 2: Klik copy atau klik pada mana-mata button social media untuk share job link tersebut


Senarai Syarikat Yang Anda Boleh Mohon Kerja: