by Ani
Dah dengar berita gembira pasal kenaikan gaji pertama penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ke? Kalau belum, jangan risau. Artikel ni khas untuk awak yang nak tahu semua tentang SSPA dan macam mana ia boleh bantu penjawat awam merancang kewangan dengan lebih baik. Teruskan baca, sebab ada info menarik untuk awak!
SSPA (Sistem Saraan Perkhidmatan Awam) ialah sistem baru yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk memperbaiki struktur gaji penjawat awam. Matlamat utama sistem ni adalah untuk:
SSPA diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Ogos 2024. Selepas lebih 12 tahun tanpa pelarasan gaji, akhirnya penjawat awam mendapat berita baik dengan kenaikan gaji berfasa sebanyak 15%. Fasa pertama kenaikan berlaku pada Disember 2024 (8%) dan fasa kedua pula pada Januari 2026 (7%).
Baca Juga: Belanjawan 2025: Gaji Minimum Naik Dari RM1500 Kepada RM1700
Pelaksanaan gaji SSPA membawa perubahan besar, terutama kepada mereka yang bergelut dengan kos sara hidup. Antara manfaat utama:
Dengan pelarasan ini, awak boleh merancang kewangan lebih baik dan ada lebihan untuk simpanan atau pelaburan.
Banyak penjawat awam mengaku kenaikan gaji ni sangat membantu untuk:
Struktur gaji yang lebih adil ni memang memberi motivasi tambahan untuk terus berkhidmat dengan lebih baik.
Nak tahu macam mana gaji SSPA ni beri impak kepada penjawat awam? Ini antara cerita yang kami kumpul:
Di media sosial pun ramai yang kongsi keterujaan mereka. Salah satu komen popular: "Selamat pagi gaji SSPA. Ada manis!"
Baca Juga: Kalkulator Gaji Penjawat Awam (SSPA): Kira Kenaikan Gaji Penjawat Awam
Dah dapat gaji lebih, apa langkah seterusnya? Jangan lupa, pengurusan kewangan yang bijak penting untuk manfaat jangka panjang. Awak boleh cuba tip ni:
Kenaikan gaji pertama di bawah SSPA ni memang berita baik untuk penjawat awam. Bukan sahaja meringankan beban kewangan, tapi juga memberi peluang untuk merancang masa depan dengan lebih stabil. Kalau awak rasa nak cari peluang kerja baru atau upgrade kerjaya, jom tengok peluang dengan klik link ini untuk mohon kerja. Platform ni memang terbaik untuk rakyat Malaysia cari kerja.
Tak kira apa peringkat kerjaya awak, mulakan langkah baru dengan semangat yang baru. Jangan tunggu lama-lama, peluang ada di depan mata!
SSPA ialah sistem baru yang memperbaiki struktur gaji dan faedah penjawat awam di Malaysia.
Kenaikan sebanyak 15% secara berfasa: 8% pada 2024 dan 7% pada 2026.
Penjawat awam Kumpulan Pelaksana, Pengurusan, dan Profesional yang memilih skim SSPA.
Ia membantu mengurangkan beban kewangan, memberi ruang untuk simpanan, dan meningkatkan motivasi kerja.
Ya, kadar pencen pesara juga dinaikkan selaras dengan pelarasan gaji SSPA.
Sumber: Bernama