

by Ani
Ramai pekerja kat Malaysia masih confuse bila bab MC (Medical Certificate) dan time slip ni. Dua-dua melibatkan lawatan ke klinik, tapi tak bermaksud dua-dua boleh dianggap cuti sakit rasmi.
Ada yang rasa, “Eh, saya pun pergi klinik jugak, kenapa tak kira MC?” haaa, situ la salah faham paling biasa.
Dalam artikel ni, kita akan bongkar beza sebenar antara MC dan time slip, apa hak pekerja bila guna dua-dua ni, dan bila patut awak guna salah satu. So lepas ni, tak ada lagi pening nak explain kat HR atau bos, okay?
MC atau sijil cuti sakit ialah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan berdaftar, mengesahkan bahawa awak tidak sihat untuk bekerja.
Maksud mudahnya, doktor sahkan awak tak mampu bekerja sebab sakit, jadi awak layak untuk cuti bergaji (paid sick leave) berdasarkan undang-undang buruh Malaysia.
Bila awak bagi MC kepada majikan:
Berdasarkan Akta Kerja 1955, pekerja yang dilindungi di bawah akta layak dapat:
Dan kalau awak dimasukkan ke hospital, 60 hari cuti sakit bergaji akan diberi.

Time slip pula bukan MC. Ia cuma pengakuan masa keluar kerja untuk jumpa doktor atau buat rawatan kesihatan ringkas.
Contohnya, awak demam sikit dan pergi klinik waktu rehat tengah hari, doktor bagi ubat, tapi tak keluarkan MC sebab awak masih boleh kerja. Doktor bagi time slip sekadar catatan masa awak berada di klinik, bukan cuti.
Nope. Time slip bukan cuti sakit bergaji. Kalau awak tak datang kerja satu hari penuh hanya dengan time slip, majikan berhak tolak gaji atau tolak cuti tahunan sebab tiada bukti doktor kata awak tak boleh bekerja.
Nak cari kerja? Jom, drop resume di sini kalau nak dapat kerja cepat!
Sebab dua-dua dikeluarkan oleh klinik atau hospital, dan sama-sama ada cop doktor. Tapi peranan dia sangat berbeza.
Contoh situasi:
“Saya demam pagi tadi, pergi klinik dan doktor bagi time slip je, tapi HR suruh ambil cuti tahunan sebab tak ada MC.”
Situasi ni biasa sangat. Tapi kalau doktor tak keluarkan MC, maksudnya dia anggap awak masih boleh bekerja. Jadi HR tak salah untuk tolak cuti tahunan sebab dari sudut undang-undang, awak tak dilabel ‘tidak sihat untuk bekerja’.
Baca Juga: Alasan Untuk MC Yang Pekerja Banyak Guna di Malaysia
Biasanya HR akan tengok masa pada slip tu, jam berapa awak pergi dan balik dari klinik.
Kalau awak keluar sekejap je (contoh: 1–2 jam), HR boleh kategorikan sebagai “time off” atau potongan masa bekerja, bukan cuti penuh. Tapi kalau setengah hari atau lebih, majikan boleh tolak cuti tahunan.
Ada sesetengah syarikat bagi fleksibiliti, contohnya:
“Kalau time slip bawah 2 jam, tak perlu tolak cuti. Tapi kalau lebih, tolak setengah hari.”
Jadi, benda ni bergantung pada policy dalaman syarikat, bukan semata-mata undang-undang buruh.
Ikut undang-undang, majikan tak boleh tolak MC yang sah dikeluarkan oleh doktor berdaftar (sama ada klinik kerajaan atau swasta). Tapi kalau:
… majikan berhak tolak. Jadi penting sangat untuk serah MC secepat mungkin, biasanya dalam 48 jam pertama selepas tak hadir kerja.
Baca Juga: Adakah Cuti MC Dibayar Gaji? Ini Jawapan Yang Ramai Pekerja Cari
Ini situasi paling ramai pekerja silap.
Kalau awak bagi time slip tapi tak hadir kerja penuh sehari, majikan boleh:
Sebab time slip cuma bukti awak datang klinik, bukan bukti awak tak sihat untuk kerja. Kalau awak betul-betul tak larat nak kerja, minta MC terus dari doktor.
Kalau MC awak sah tapi ditolak, awak boleh:
JTK akan nilai sama ada tindakan majikan tu sah atau melanggar Akta Kerja.
Senang je nak ingat:
Kalau doktor bagi MC, bermakna awak disahkan tak sihat untuk kerja. Kalau doktor bagi time slip, maksudnya awak masih boleh kerja cuma perlu masa sekejap untuk urus kesihatan.
Kadang-kadang kita dah penat sangat dengan kerja sekarang jauh dari rumah, setiap hari kena hadap jem, tambah pula kalau tengah tak sihat, rasa nak give up terus.
Tapi bayangkan kalau kerja awak cuma beberapa langkah je dari stesen LRT atau MRT. Tak perlu stress cari parking, tak perlu redah hujan, dan boleh jimat masa serta duit minyak. Ramai yang sekarang pilih kerja dekat public transport sebab lebih mudah, cepat, dan tenang especially bila badan tak sihat, tak payah fikir pasal jalan sesak atau nak drive jauh-jauh.
Jom cari kerja yang dekat dengan LRT atau MRT sekarang di Maukerja! Klik sekarang sebelum jawatan best tu direbut orang lain dulu!
1. Apakah beza utama MC dan time slip?
MC sahkan pekerja tak boleh bekerja dan layak cuti bergaji. Time slip pula cuma bukti pergi klinik — bukan cuti sakit rasmi.
2. Bolehkah saya tak hadir kerja sehari penuh dengan alasan time slip?
Tak boleh. Time slip bukan pengganti MC. Kalau tak hadir kerja sehari penuh, majikan boleh tolak cuti tahunan atau gaji.
3. Bagaimana kalau doktor bagi time slip tapi saya memang tak sihat nak kerja?
Beritahu doktor supaya keluarkan MC. Hanya MC diiktiraf untuk cuti sakit bergaji di bawah Akta Kerja 1955.
4. Adakah majikan wajib terima semua jenis MC?
Majikan wajib terima MC daripada klinik kerajaan atau klinik swasta berdaftar. Kalau dari klinik tak sah, majikan boleh tolak.
5. Bolehkah HR tolak MC kalau saya hantar lambat?
Ya, jika hantar selepas tempoh yang ditetapkan (contohnya lebih 48 jam), HR boleh tolak. Pastikan awak serah MC secepat mungkin.