

by Ani
Pernah rasa macam nak give up sebab apply kerja berkali-kali tapi tak dapat panggilan interview? Atau mungkin awak fresh grad yang dah hampir setahun menganggur, tengok kawan-kawan dah start kerja, tapi awak masih stuck kat rumah? Dengar sini. Awak bukan sorang. Ramai orang Malaysia sekarang tengah struggle cari kerja, terutama fresh graduate dan mereka yang terpaksa berhenti kerja. Tapi ada satu program kerajaan yang ramai orang masih tak tahu atau terlepas pandang iaitu MySTEP.
Jom kita breakdown apa benda MySTEP ni, kenapa ramai yang terlepas peluang, dan macam mana awak boleh grab opportunity ni sebelum terlambat.
MySTEP atau Malaysia Short Term Employment Programme ialah program kerja sementara yang diperkenalkan kerajaan Malaysia untuk bagi peluang kerja jangka pendek kepada rakyat tempatan, terutama graduan dan belia yang masih menganggur.
Program ni biasanya melibatkan penempatan kerja di jabatan kerajaan, agensi kerajaan, atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Tempoh kerja MySTEP ni antara 6 hingga 12 bulan, bergantung pada tempat dan bidang kerja yang awak mohon.
Tapi jangan pandang remeh sebab walaupun sementara, pengalaman ni boleh jadi batu loncatan besar untuk kerjaya awak nanti!
Nak apply kerja yang boleh WFH? Jom, tengok senarai kerja WFH di sini
Tempoh kontrak minimum adalah satu bulan dan maksimum sehingga 31 Disember 2025. Jadi kalau awak apply awal tahun, awak boleh kerja sampai hujung tahun tu. Kalau apply lewat sikit, contract awak mungkin pendek, tapi tetap dapat pengalaman berharga.
Kebanyakan jawatan ditawarkan untuk 6 hingga 12 bulan, bergantung kepada keperluan jabatan atau agensi yang ambil awak.
Secara ringkas, tempoh kontrak MySTEP:
Untuk tahun 2025, purata gaji MySTEP masih dalam lingkungan RM1,800 hingga RM2,100 sebulan, bergantung kepada agensi dan kelayakan calon. Ada sesetengah tempat bagi elaun tambahan, contohnya elaun kehadiran atau tuntutan perjalanan.
Mungkin ada yang cakap “ala, gaji MySTEP tak tinggi pun…” Tapi fikir balik, awak dibayar untuk dapat pengalaman kerja sebenar, skill baru, dan networking dalam sektor kerajaan. Itu semua tak ternilai bila awak masuk kerja tetap nanti.
Jangan ingat kerja kontrak means takde benefits. MySTEP bagi:
1. Caruman KWSP & PERKESO
Semua personel MySTEP akan menerima caruman KWSP dan PERKESO. Ini bermakna awak ada simpanan untuk masa depan dan perlindungan kalau berlaku apa-apa kemalangan.
2. Cuti Rehat & Cuti Sakit
Personel MySTEP dapat 12 hari cuti rehat setahun dan 14 hari cuti sakit setahun, dikira secara prorate mengikut tempoh kontrak.
Contohnya kalau awak kerja 6 bulan, awak dapat 6 hari cuti rehat. Fair, kan?
3. Dapat Pengalaman Sektor Awam atau GLC
Awak boleh belajar cara kerja sebenar dalam jabatan kerajaan dari urusan pentadbiran, sistem fail, sampai ke cara komunikasi rasmi. Memang pengalaman yang susah nak dapat kalau terus masuk sektor swasta.
4. Berpotensi Sambung Kontrak atau Diserap TetapRamai juga peserta MySTEP yang akhirnya diserap jadi staf tetap bila ada kekosongan jawatan, terutama kalau prestasi kerja mereka tip top.
Sekarang ni mesti awak nak tahu, "Eh, saya layak ke nak apply?"
Secara ringkas ini antara syarat asas kelayakan untuk mohon MySTEP:
Ramai yang ingat MySTEP ni cuma untuk kerja clerical atau admin je. Salah besar. MySTEP sebenarnya tawarkan pelbagai jenis jawatan merentas berbagai bidang:
Macam-macam ada. Jadi tak kiralah background awak apa, mesti ada yang sesuai.
Okay, sekarang awak dah tahu apa MySTEP, gaji dia berapa, benefits apa yang ada sekarang soalan penting: Macam mana cara nak mohon MySTEP?
Kalau first time guna portal ni, awak kena register account dulu. Isi semua maklumat dengan betul seperti nama, IC, email, nombor telefon.
Guna function 'Search' untuk cari jawatan MySTEP. Biasanya ada filter untuk:
Pilih yang sesuai dengan qualification dan minat awak.
Once jumpa jawatan yang sesuai, klik 'Apply'. Awak kena upload:
Tip: Pastikan resume awak kemas, ringkas, dan highlight skills yang relevan dengan jawatan tu. Jangan hantar resume template generic je.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temuduga. Kalau awak tak dapat panggilan dalam sebulan dua, ia bermakna tak berjaya kali ni.
Tapi jangan down! Teruskan apply jawatan lain. Ramai orang dapat selepas beberapa kali apply.
Baca Juga: Cara Mohon Jawatan Kosong Personel MySTEP: Permohonan Dan Syarat Kelayakan
Ni dia reality check yang kena awak tahu.
Ramai fresh grad dan pencari kerja tak aware langsung pasal MySTEP.
Ada mindset yang salah macam "Ah, kontrak je, buat apa apply?"
Pengalaman kerja is pengalaman kerja, kontrak ke tetap ke. Pengalaman MySTEP boleh dianggap sebagai pengalaman kerja rasmi dan membuktikan bahawa awak telah berkhidmat dalam persekitaran profesional. Bila awak apply kerja tetap nanti, majikan akan appreciate kalau awak ada track record walaupun kontrak.
Yes, RM1,500 - RM2,100 memang tak banyak kalau compare dengan gaji swasta. Tapi untuk fresh grad yang takde experience langsung dan dah lama menganggur, ini starting point yang bagus.
Plus, ingat balik ada KWSP, PERKESO, cuti, elaun. Bukan kerja swasta semua bagi benefits macam ni.
Memang kadang-kadang malas nak check portal jadi lebih baik awak set reminder untuk check portal MYFutureJobs at least seminggu sekali. Jawatan baru keluar regularly.
Mesti ada yang tertanya-tanya, "MySTEP ni sama ke dengan Protege atau internship biasa ke?"
Protege biasanya tempoh latihan 8-12 bulan dan lebih fokus kepada training dan pembangunan kemahiran khusus dalam industri, manakala MySTEP tempoh 6 bulan hingga 1 tahun dan menawarkan pelbagai jenis pekerjaan di sektor awam dan swasta.
Protege lagi ke arah upskilling dengan gaji allowance yang mungkin lebih tinggi, tapi MySTEP lagi versatile dari segi jenis kerja dan sektor.
Okay, katakan awak berjaya dapat jawatan MySTEP. Sekarang nak buat apa?
Jangan ambil mudah sebab kontrak je. Datang awal, buat kerja dengan dedikasi, tunjukkan yang awak capable. Siapa tahu, kalau performance awak bagus, mungkin department tu boleh extend contract atau tawarkan jawatan tetap.
Jabatan kerajaan ni dunia dia sendiri. Build good relationship dengan pegawai tetap, pelajar benda baru, tanya soalan. Networking ni penting, awak takkan tahu bila connection ni boleh tolong awak di masa depan.
PERKESO menyediakan peluang peningkatan kemahiran kepada personel MySTEP, termasuk kursus dalam bidang digital seperti data analytics, digital marketing, dan user experience design.
Kalau ada training atau kursus yang ditawarkan, join! Free je pun. Tambah skill, tambah value diri awak.
Sepanjang awak kerja dalam MySTEP, update resume awak dengan tanggungjawab dan achievement. Bila kontrak habis, awak dah ready untuk apply tempat lain dengan resume yang lebih impressive.
MySTEP bukan endpoint tetapi ia stepping stone. Guna masa ni untuk:
Kalau awak tengah menganggur, fresh grad yang struggle cari kerja, atau nak career switch tapi takde experience dalam bidang baru, MySTEP adalah peluang yang awak tak patut lepaskan.
Ramai orang dah grab opportunity ni dan berjaya build career dari situ. Kenapa bukan awak?
Tapi kalau awak nak apply kerja yang bukan under MySTEP, awak boleh mohon kerja kosong di sini.
Tiada had umur maksimum yang ketat untuk MySTEP. Kelayakan asas adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Program ini turut terbuka untuk warga emas, jadi selagi awak sihat tubuh badan dan layak untuk jawatan yang dipohon, awak boleh apply.
Ya, awak boleh memohon lebih daripada satu jawatan dalam MySTEP selagi awak memenuhi syarat kelayakan untuk setiap jawatan tersebut. Malah, digalakkan untuk apply beberapa jawatan untuk tingkatkan peluang awak dipanggil temuduga.
Tidak. Kebanyakan jawatan MySTEP tidak memerlukan pengalaman kerja sebelum ini, menjadikannya sesuai untuk fresh graduate. Syarat utama adalah kelayakan akademik yang sesuai dengan jawatan yang dipohon.
Bergantung kepada garis panduan semasa. Ada sesetengah jabatan membenarkan bekas personel MySTEP untuk apply jawatan baru, manakala ada yang memberi keutamaan kepada pemohon yang belum pernah menyertai program ini. Semak syarat kelayakan setiap jawatan dengan teliti sebelum apply.
MySTEP adalah program pekerjaan kontrak yang menawarkan gaji penuh dengan benefits seperti KWSP dan PERKESO, manakala SL1M lebih fokus kepada latihan kemahiran dengan elaun bulanan. MySTEP memberi pengalaman kerja sebenar dalam jabatan kerajaan atau GLC, sementara SL1M lebih kepada program latihan dan upskilling.
Yang mana tengah cari,
Kerja Part Time
Kerja di Singapore
Kerja Onsite/Office
Ada reward untuk korang minggu ni!
Korang cari button “Saya Sedia Bekerja” & korang boleh pilih 3 mode kerja yang korang suka!
Korang boleh jumpa button Toggle On di page utama Maukerja atau di bahagian profile korang
Jom toggle on sekarang, sebab kami nak share hadiah Jumaat ni!