

by Ani
Kalau awak pernah buka emel atau dipanggil HR tiba-tiba dan nampak ayat “Surat Amaran (Warning Letter)”, confirm jantung terus berdegup laju kan?
Ramai pekerja bila dapat surat ni terus fikir, “Habislah, aku nak kena buang kerja ke?” tapi sebenarnya, tak semua warning letter bermaksud akan dibuang kerja terus.
Jadi sebelum awak buat sebarang keputusan terburu-buru, jom faham betul-betul apa maksud surat amaran ni, kenapa majikan keluarkan, dan apa langkah bijak yang awak patut buat lepas terima.
Secara ringkas, warning letter atau surat amaran kerja ialah notis rasmi daripada majikan untuk menegur kesalahan atau kelakuan pekerja yang dianggap melanggar peraturan syarikat.
Contohnya, lewat datang kerja berulang kali, prestasi kerja tak memuaskan, atau langgar SOP pejabat.
Dalam undang-undang buruh Malaysia (Akta Kerja 1955), majikan berhak memberi surat amaran sebelum mengambil tindakan disiplin yang lebih serius macam penggantungan atau pemberhentian.
Tujuan utama warning letter bukan untuk menakutkan tapi untuk bagi peluang awak betulkan kesilapan dan tunjuk perubahan. Ia juga berfungsi sebagai rekod rasmi kalau isu berulang dan majikan terpaksa ambil tindakan seterusnya.
Dalam kebanyakan organisasi, ada tiga peringkat utama surat amaran, bergantung pada tahap kesalahan awak.
Nak apply kerja yang boleh WFH? Jom, tengok senarai kerja WFH di sini
Tak semua kesalahan akan terus kena surat amaran. Tapi ada beberapa sebab biasa yang HR anggap serius.
Antaranya:
Bayangkan awak kerja di gudang dan selalu lewat 15 minit sebab trafik. HR dah bagi teguran lisan dua kali, tapi awak masih datang lewat. Dalam kes ni, HR boleh keluarkan First Warning Letter sebab ia dah dianggap pelanggaran disiplin berulang.
Baca Juga: Maksud KPI, Ramai Pekerja Baru Tak Sedar Sebenarnya Ni Bukan Sekadar Target!
Ramai tak tahu pekerja ada hak untuk minta penjelasan atau buat rayuan terhadap surat amaran.
Akta Kerja melindungi pekerja supaya tidak diberhentikan tanpa sebab yang adil.
Jadi kalau awak rasa tuduhan dalam surat amaran tak tepat, awak boleh:
Ingat, jangan diam saja. Tunjuk awak ambil serius dan ada niat nak perbaiki keadaan.
Langkah paling penting: jangan terus lawan atau marah. Ambil masa baca isi surat dengan tenang dan faham apa yang HR nyatakan.
“Saya mengakui kelewatan saya pada tarikh yang dinyatakan dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Saya telah ambil tindakan untuk memastikan perkara ini tidak berulang.”
Simple, tapi tunjuk sikap matang dan bertanggungjawab.
Nak Cari Kerja Dekat Public Transport? Ini Senarai Pilihan Kekosongan Kerja Terbaik Dekat LRT/MRT!
Kalau awak buat tak tahu dan teruskan kesalahan sama, HR boleh naikkan tahap tindakan daripada surat amaran kedua ke final warning, dan akhirnya penamatan kerja (termination).
Bila rekod disiplin awak dah tercalar, ia juga boleh jejaskan peluang masa depan sebab ada syarikat yang minta reference letter daripada HR lama. Jadi, elakkan sampai ke tahap tu. Ambil warning letter sebagai wake up call untuk betulkan arah kerjaya.
Senang cakap, jaga disiplin dan komunikasi dengan HR atau supervisor awak.
Anggap warning letter tu bukan “hukuman”, tapi peluang untuk reset dan improve diri. Ramai pekerja yang selepas kena surat amaran, berubah jadi lebih fokus dan berjaya naik pangkat sebab ambil teguran sebagai cabaran.
Ramai yang mula rasa “tak dihargai” atau “tak serasi dengan tempat kerja” bila dah kena warning letter. Kadang-kadang bukan sebab tak bagus, cuma suasana kerja tu dah tak sesuai dengan diri awak.
Tapi sebenarnya, ada cara senang nak cari kerja baru yang lebih match dengan minat dan pengalaman awak. Dengan AI Job Matcher di Maukerja, sistem akan carikan kerja yang paling sesuai dengan latar belakang dan kemahiran awak tanpa perlu scroll berjam-jam cari sendiri.
Jom drop resume sekarang di Maukerja Job Matcher dan biar sistem bantu awak cari kerja impian sebelum orang lain rebut dulu!
1. Apakah maksud warning letter dalam pekerjaan?
Warning letter ialah surat amaran rasmi daripada majikan untuk menegur kesalahan atau kelakuan yang langgar peraturan syarikat. Ia juga tanda awal sebelum tindakan disiplin diambil.
2. Apakah kesalahan yang biasanya dapat warning letter?
Antaranya datang lambat, ponteng tanpa sebab, prestasi kerja lemah, atau bergaduh di tempat kerja. HR akan keluarkan surat bila kesalahan berulang atau serius.
3. Bolehkah pekerja dibuang kerja selepas dapat warning letter?
Boleh, tapi hanya selepas beberapa kali amaran dan jika pekerja masih tidak berubah. Biasanya selepas final warning letter, barulah tindakan buang kerja boleh diambil.
4. Bagaimana cara balas warning letter dari HR?
Balas dengan sopan dan profesional. Nyatakan penjelasan atau mohon maaf, serta tunjukkan komitmen untuk perbaiki kesilapan. Elak nada marah atau defensif.
5. Adakah warning letter akan kekal dalam rekod kerja?
Ya, biasanya surat amaran disimpan dalam fail sumber manusia sebagai rekod disiplin. Tapi kalau prestasi awak bertambah baik selepas itu, HR boleh abaikan rekod lama.