

by Ani
Pernah tak awak tiba-tiba dapat WhatsApp daripada HR berbunyi: "Boleh hantar surat tunjuk sebab sebab tak hadir kursus semalam?"
That moment… terus rasa jantung jatuh. Bukan sebab awak sengaja ponteng, tapi kadang-kadang sebab benda tak dapat diduga macam kereta rosak, anak sakit atau honestly, awak terlupa.
Bila HR minta surat tunjuk sebab, ramai terus blur “Eh format dia macam mana? Ayat kena formal ke? Kena explain detail ke?”
So, artikel ni memang dibuat untuk bantu awak tulis dengan tenang, ringkas, ikut format betul dan paling penting… nampak profesional. Let’s go step by step.
Surat tunjuk sebab (show cause letter) ialah surat rasmi yang majikan minta bila awak tak hadir kursus atau latihan tanpa makluman awal. Tujuannya untuk bagi peluang awak jelaskan situasi sebenar sebelum tindakan disiplin diambil.
Kenapa Penting?
Dalam dunia kerja di Malaysia, surat tunjuk sebab ni memang normal. Tak bermaksud awak buat salah besar pun. Kadang-kadang HR cuma ikut SOP.
Biasanya HR akan minta surat ni bila:
Apa pun situasinya, yang penting awak jelas, jujur dan ringkas masa explain.
Tak perlu ke pejabat, kerja tetap jalan. Jom, apply kerja remote dekat sini
Ni format paling mudah yang majikan Malaysia suka:
Fokus pada fakta, bukan emosi. Terangkan apa berlaku, kenapa berlaku dan bagaimana awak tangani situasi tu.
“Saya tak hadir sebab banyak benda jadi. Saya pun stress. Harap faham.”
“Saya tidak dapat hadir kerana anak saya mengalami demam panas mendadak dan saya perlu ke klinik dengan segera. Saya memohon maaf atas kekurangan makluman awal.”
Nampak beza dia?
Nak apply kerja yang boleh WFH? Jom, tengok senarai kerja WFH di sini
Alright, kat bawah ni contoh paling kemas dan standard. Awak boleh copy paste, edit ikut situasi.
[Nama Awak]
[Jawatan]
[Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]
Tarikh: [dd/mm/yyyy]
Kepada:
[Nama Penyelia / HR]
[Jawatan]
[Nama Syarikat]
Perkara: Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Kursus
Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.
Saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke kursus [nama kursus] pada [tarikh kursus]. Ketidakhadiran saya disebabkan oleh [nyatakan sebab sebenar], dan saya tidak dapat memaklumkan lebih awal kerana [jika perlu, jelaskan sebab tiada makluman awal].
Saya amat kesal atas perkara ini dan berjanji akan memastikan ia tidak berulang pada masa akan datang. Saya juga bersedia menghadiri sesi penggantian sekiranya diperlukan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
[Nama Awak]
[No. Telefon]

Baca Juga: 10 Contoh Surat Tunjuk Sebab, Boss Confirm Terima!
Majikan Malaysia biasanya terima sebab yang logik + munasabah + boleh dibuktikan.
Antara sebab yang selalu diluluskan:
Contoh:
Ini pun normal, especially bila jadual kursus banyak.
Jawapan ringkasnya ialah letak dalam sistem & habit kecil supaya awak tak terlepas kursus.
Benda kecil, tapi boleh jimat banyak drama kerja.
Relax, jangan panik.
Biasanya HR:
Kalau awak memang ada sebab sebenar dan bukti, selalunya tiada masalah besar.
Worst case:
Awak mungkin dapat amaran ringan (warning letter).
Tapi jarang sampai ke tindakan berat kalau awak berkomunikasi baik.
Jawapannya, tak wajib pun tapi kalau ada sangat membantu.
Bukti ni tunjuk awak bukan buat alasan kosong.
Contoh ayat yang HR suka:
Keep it clean & respectful.
Ramai pekerja sebenarnya bukan tak mampu perform… tapi tempat kerja sekarang kurang bagi latihan, sokongan & peluang naik gaji. Sampai kadang-kadang kursus wajib pun kelam-kabut.
Kalau awak tengah cari kerja yang lebih stabil & teratur, ada cara senang nak jumpa kerja yang betul-betul match dengan pengalaman dan minat awak.
Dengan AI Job Matcher Maukerja, awak tak perlu scroll ratusan iklan kerja.
Sistem akan baca resume awak → terus cadangkan jawatan yang paling sesuai.
Fast, mudah & memang ramai dah dapat panggilan interview melalui sistem ni.
Jom drop resume sekarang di AI Job Matcher Maukerja! Biar sistem cari kerja yang sesuai untuk awak. Lagi cepat drop resume, lagi cepat awak dapat call interview. Jangan tunggu orang lain potong dulu pulak!
1. Apakah itu surat tunjuk sebab tidak hadir kursus?
Ia surat rasmi untuk jelaskan kenapa awak tak hadir kursus yang diwajibkan syarikat. HR gunakan surat ni untuk tentukan sama ada sebab awak diterima atau memerlukan tindakan disiplin.
2. Apakah sebab yang diterima HR sebagai ketidakhadiran sah?
Biasanya sebab seperti masalah kesihatan, kecemasan keluarga, kereta rosak, banjir atau masalah teknikal bagi kursus online. Selagi logik & boleh dibuktikan, HR biasanya akan terima.
3. Bagaimana cara tulis surat tunjuk sebab yang ringkas dan jelas?
Terangkan apa berlaku, kenapa berlaku dan minta maaf dengan jelas. Guna ayat pendek & profesional tanpa alasan yang meleret.
4. Bolehkah saya hantar surat tunjuk sebab melalui WhatsApp?
Boleh. Kebanyakan syarikat terima surat dalam bentuk PDF atau teks melalui WhatsApp atau email selagi formatnya rasmi dan jelas.
5. Apakah tindakan jika HR tak terima surat tunjuk sebab saya?
Biasanya HR akan minta penjelasan tambahan. Jika masih tak diterima, awak mungkin dapat amaran ringan. Namun jarang berlaku tindakan berat jika awak berikan alasan yang munasabah.