

by Ani
Pernah tak awak dengar orang cakap pasal SOCSO, lepas tu ada pulak sebut PERKESO? Terus keliru, "Eh, benda sama ke berbeza ni?" Tenang, awak bukan sorang je yang konfius. Ramai pekerja terutama yang baru mula kerja memang tak clear pasal dua istilah ni.
Ada yang ingat SOCSO tu satu badan, PERKESO pulak satu badan lain. Ada yang tau nama tapi tak faham fungsi sebenarnya apa.
Padahal, ni perkara penting. Sebab kalau awak kena kemalangan kerja, sakit teruk, atau kehilangan pendapatan sebab tak boleh kerja, SOCSO/PERKESO ni yang akan tolong awak.
Dalam artikel ni, kita akan pecahkan satu-satu secara mudah, straight to the point, siap dengan contoh supaya awak memang betul-betul faham.
SOCSO dan PERKESO sebenarnya benda yang sama. SOCSO ialah nama dalam Bahasa Inggeris Social Security Organisation, manakala PERKESO ialah nama rasmi dalam Bahasa Melayu Pertubuhan Keselamatan Sosial. Fungsi, peranan dan tujuan kedua-duanya sama.
Dalam dokumen rasmi kerajaan, slip gaji, atau surat-menyurat formal, biasanya guna nama PERKESO sebab tu nama rasmi dalam Bahasa Malaysia. Tapi dalam perbualan harian, ramai orang lebih selesa sebut SOCSO sebab pendek dan dah biasa diguna sejak dulu lagi.
Macam kita panggil "Lembaga Hasil Dalam Negeri" jadi LHDN, tapi ramai sebut HASIL je. Sama konsep.
Contohnya:
Awak baru masuk kerja → HR cakap “Nanti kami daftarkan awak dengan PERKESO.”
Tapi bila dapat email gaji → tertulis “SOCSO Contribution.”
Nampak tak? Nama je lain. Perlindungan tetap sama.
Baca Juga: Faedah SIP PERKESO Dan Cara Buat Tuntutan SIP PERKESO
Sekarang ni, jom kita masuk kepada bahagian paling penting iaitu kenapa awak sebagai pekerja perlu ambil tahu pasal SOCSO ni. SOCSO ni bukan sekadar potongan gaji je tau. Dia sebenarnya satu bentuk perlindungan sosial yang sangat-sangat penting.
Bayangkan situasi ni:
Awak tengah kerja, tiba-tiba kena kemalangan. Patah kaki. Kena MC berbulan-bulan. Tak boleh kerja, gaji pun stop. Macam mana nak bayar sewa rumah? Macam mana nak tanggung bil hospital?
Nah, SOCSO ni yang akan tolong awak.
Fungsi utama SOCSO/PERKESO adalah untuk melindungi pekerja daripada risiko kehilangan pendapatan akibat:
SOCSO bagi perlindungan dalam dua skim utama:
Skim ni cover awak kalau berlaku kemalangan atau penyakit yang disebabkan oleh kerja.
Contohnya:
Kalau awak kena, SOCSO akan bagi:
Skim ni cover awak kalau jadi hilang upaya atau sakit teruk walaupun bukan sebab kerja.
Contohnya:
Kalau layak, SOCSO akan bagi:
Jadi, SOCSO ni macam insurans backup awak. Bila awak paling perlukan, dia ada untuk tolong.
Semakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau SOCSO boleh dilakukan secara dalam talian melalui beberapa kaedah yang disediakan oleh PERKESO.
Awak boleh semak status pendaftaran dan caruman PERKESO awak melalui portal rasmi dan aplikasi mudah alih.
Untuk semakan status permohonan faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), awak boleh menggunakan Portal Faedah EIS PERKESO.
Pastikan ada nombor kad pengenalan awak yang sah untuk memudahkan proses semakan. Jika awak hadapi masalah, awak boleh terus menghubungi PERKESO untuk bantuan lanjut.
Baca Juga: Cara Claim SOCSO Dan Jenis-Jenis Tuntutan PERKESO
Sekarang banyak pekerja struggle nak cari kerja stabil, especially bila keadaan ekonomi tak menentu. Dah hantar banyak resume pun masih tak dapat panggilan interview memang boleh buat rasa down.
Tapi sebenarnya, ada cara yang lebih smart daripada awak buang masa apply kerja satu per satu, biar sistem AI tolong hantarkan resume awak ke beribu-ribu majikan yang cari pekerja. Dengan Drop Resume Maukerja, sistem akan tolong awak cepat apply kerja .
Jom drop resume awak sekarang di Maukerja. Lagi cepat awak hantar, lagi cepat peluang interview datang.
SOCSO ialah Social Security Organisation (nama English), manakala PERKESO ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (nama Melayu). Dua-dua merujuk kepada organisasi yang sama.
PERKESO cover kemalangan kerja, keilatan, hilang pekerjaan (EIS), pemulihan, faedah pendidikan dan bantuan kewangan kepada ahli keluarga. Perlindungan bergantung pada skim caruman.
Awak boleh semak melalui Assist Portal PERKESO, aplikasi SEHATI atau terus minta penyata daripada HR. Semakan boleh dibuat bulanan.
Ya, boleh. PERKESO ada skim perlindungan khas untuk individu bekerja sendiri seperti rider, freelancer dan peniaga kecil dengan caruman mampu milik.
SOCSO ialah perlindungan keselamatan sosial dalam bentuk bantuan kewangan bila berlaku kecemasan. KWSP pula ialah simpanan persaraan jangka panjang. Dua fungsi yang berbeza.