Berapa Banyak Sebenarnya Gaji Seorang CEO Di Malaysia Ni?
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Berapa Banyak Sebenarnya Gaji Seorang CEO Di Malaysia Ni?

post by Aisya

by Aisya

Aug 9, 2016
pada 2:50 AM

"Azman tu kerja CEO kot, poket mesti tebal punya. Boleh lah selalu belanja makan." Bila tahu je yang ada kenalan, saudara-mara yang bekerja sebagai CEO ni atau nama panjangnya Chief Executive Officer, nama pun dah gah dan mesti gaji tinggi dan kaya kan? Besar mana sebenarnya gaji seorang CEO ini? Nak tahu juga la bagaimana jauhnya beza dengan kita-kita yang kerja biasa-biasa ni. 

Nak tahu berapa banyak gaji diorang?

Secara kasarnya, purata gaji seorang CEO di Malaysia adalah RM 303,848 setahun. Banyak kan? Jadi sebulan gaji mereka adalah sebanyak RM 25,320. Wow! Cuba bandingkan dengan kita-kita yang kerja biasa ni yang berpendapatan RM 2,500-RM 3,000 sebulan? Adalah dalam RM 26,000 - RM 36,000 untuk setahun dan bagi mereka itu lah yang mereka dapat sebulan bukannya setahun. Haha.. Macam langit dengan bumi bezanya kan? 

Mengikut Payscale, pengalaman tidak memberi kesan sangat kepada gaji jika seseorang itu berjawatan CEO dan kebiasaannya untuk menjadi seorang CEO memerlukan pengalaman 5 tahun dalam bidang tersebut.

Yang mengejutkan adalah nilai gaji itu adalah masih di paras pertengahan

*Sumber: Payscale

Jika dibandingkan dengan gaji CEO di tempat lain, ada yang mencecah sehingga RM 730,000 dan yang paling rendah adalah sebanyak RM 82,000 setahun. Di U.S, paras pertengahan bagi mereka adalah sebannyak RM 748,563 dan ianya 50% lebih tinggi daripada paras di Malaysia. Dan paling renda bagi mereka adalah RM 423,438 yang masih lagi dikira tinggi sedikit daripada nilai median di sini. Tapi semuanya  bergantung pada lokasi kerja dan pelbagai lagi faktor. 

Apa sebenarnya yang CEO buat?

Kerja sebagai seorang CEO memerlukan mereka untuk merancang, dan mengarah kesemua aspek di dalam dasar sesebuah organisasi, objektif serta inisiatif. Bertanggungjawab dalam jangka masa pendek serta panjang dalam keuntungan dan perkembangan sesebuah company. Haa.. nampak tak? Susah juga kerja CEO ni, ada bermacam benda yang diorang kena fikirkan. Tak sama macam yang tengok dalam TV tu kan? Mereka juga perlu mempengerusikan majlis lembaga pengarah, membuat pelbagai kerja dan perlu kreatif dan berfikir secara kritikal. 

Skill yang paling popular untuk jawatan CEO

1. Pemasaran Strategik- Median salary adalah sebanyak RM 237,000

2. Pengurusan Operasi- Median salary sebanyak RM 323,000

3. Pengurusan Projek- Median salary adalah sebanyak RM 225, 000

Skill-skill ini lah yang paling diperlukan jika mahu menjadi seorang CEO dan untuk mendapat kemahiran sebegini perlukan pengalaman yang cukup matang. Kerana itulah kebiasaannya seorang  CEO ada pengalaman 5 tahun ke atas.

Gaji CEO berdasarkan bidang kerja

 *Sumber: Payscale