

by Ani
Bulan puasa sepatutnya jadi masa untuk tenangkan diri, kumpul pahala dan reset emosi. Tapi bila tiba-tiba dapat panggilan interview kerja masa puasa, perasaan dia bercampur-baur. Excited sebab akhirnya dapat dipanggil. Risau sebab badan letih, tekak kering, otak pula rasa slow.
Kalau awak pernah fikir, “Boleh ke perform elok masa interview kalau tengah puasa?”
Jawapan dia: boleh. Sangat boleh. Asalkan awak tahu cara jawab soalan dengan betul dan jaga tenaga dengan strategi yang bijak. Artikel ni akan guide awak step-by-step, berdasarkan situasi sebenar pencari kerja di Malaysia. Bukan teori kosong, tapi tips yang praktikal dan realistik.
Interview kerja adalah proses di mana majikan berjumpa dengan calon untuk menilai kesesuaian mereka bagi sesuatu jawatan. Di Malaysia, interview ini boleh berlaku secara bersemuka atau online, terutamanya sejak pandemik. Semasa bulan puasa, interview mungkin diadakan pada waktu pagi atau petang, bergantung kepada kesesuaian kedua-dua pihak.
Nak cari kerja? Jom, drop resume di sini kalau nak dapat kerja cepat!
Cabaran utama interview masa puasa ialah tenaga rendah, fokus terganggu, dan keyakinan diri menurun, terutamanya pada waktu tengah hari hingga petang.
Puasa bukan sekadar tahan lapar dan dahaga. Ia beri kesan terus kepada fizikal dan mental awak.
Antara cabaran biasa yang ramai tak sedar:
Ada calon yang sebenarnya layak, tapi gagal tunjukkan potensi sebab terlalu fokus lawan rasa penat. Dan yang paling sedih? Majikan tak tahu awak tengah struggle dari dalam. Sebab tu, persediaan interview bulan puasa kena berbeza sikit berbanding hari biasa.
Baca Juga: Penjawat Awam Boleh Balik Awal Ramadan Ni! Siapa Je Terlibat?
Persediaan awal interview bantu kurangkan tekanan, jimat tenaga mental dan buat awak lebih yakin masa interview walaupun berpuasa.
Bulan puasa bukan masa untuk ‘last minute study’. Tenaga mental awak terhad, jadi semua benda kena dipermudahkan.
Soalan macam:
Siapkan jawapan 60–90 saat, bukan karangan panjang. Pendek, jelas, terus ke point.
Ini bantu:
Malam sebelum interview tu masa untuk rehat, bukan stress.
Cukup tahu:
Tak perlu hafal semua benda dari website.
Gunakan jawapan berstruktur, ayat pendek dan teknik ‘pause’ supaya awak nampak yakin tanpa perlu bercakap terlalu lama.
Tak perlu cerita panjang lebar.
Contoh:
Pause sekejap bukan tanda awak lemah tetapi ia tunjuk awak berfikir, bukan main jawab. Interviewer pun manusia. Mereka faham.
Masa puasa bukan masa nak impress dengan ayat bombastik.
Lebih baik:
Daripada:
Baca Juga: 10 Soalan Interview Kerja Yang Selalu Ditanya & Cara Jawab!
Tenaga interview masa puasa bergantung pada kualiti sahur, rehat dan mindset, bukan semata-mata kopi atau gula.
Contoh:
Elak:
Tak perlu 8 jam straight. Cukup 6–7 jam berkualiti. Better tidur awal sikit daripada scroll phone sampai sahur.
Overthinking = tenaga mental bocor.
Ingat satu benda: Awak dipanggil interview sebab awak layak.
Keyakinan datang bila awak tahu apa nilai awak, bukan bila awak ada tenaga maksimum.
Puasa tak buat awak kurang bernilai tetapi ia cuma ubah cara awak urus diri.
Kalau awak belum jumpa kerja yang betul-betul sesuai dengan awak, awak boleh la guna Maukerja Job Matcher iaitu sistem AI yang akan bantu awak carikan kerja ikut pengalaman yang awak ada. Barulah awak tak apply kerja membuta tuli lagi.
Jom drop resume awak sekarang di Maukerja Job Matcher dan biar sistem AI bantu cari kerja yang paling match dengan awak! Lagi cepat awak hantar, lagi tinggi peluang awak dapat panggilan interview. Jangan tunggu orang lain potong dulu!
Tidak. Majikan menilai kelayakan, sikap dan potensi awak, bukan sama ada awak berpuasa atau tidak.
Fokus jawab soalan secara ringkas dan jelas. Ambil masa sekejap sebelum jawab adalah normal dan profesional.
Tak perlu kecuali ditanya. Awak boleh kekal profesional tanpa perlu jelaskan perkara peribadi.
Waktu pagi biasanya lebih sesuai kerana tenaga dan fokus masih tinggi selepas sahur.
Buat persediaan awal dengan jawapan ringkas dan latihan. Jangan bergantung pada spontan sepenuhnya.