12 Ayat Yang Bos Sudah Naik Menyampah Dengar Daripada Mulut Pekerja - MauKerja.my
# Pengetahuan Pekerja

12 Ayat Yang Bos Sudah Naik Menyampah Dengar Daripada Mulut Pekerja - MauKerja.my

post by Aisya

by Aisya

Sep 25, 2016
pada 2:27 AM

Hubungan antara majikan dengan pekerja amat-amat lah penting dalam memastikan sesebuah company itu kukuh. Masalah komunikasi ni memang biasa sangat terjadi, dan manager yang terbaik di dunia sekalipun mesti pernah melalui masalah sebegini, terutama sekali jika sikap pekerja ni memang megundang masalah. Tak kisah lah jika korang baru je bekerja atau sudah bertahun-tahun kerja pun dna sudah digelar senior, itu tidak bermaksud yang korang boleh sesuka hati je nak cakap apa yang korang mahukan. 

Ini adalah beberapa ayat yang perlu korang elakkan sama sekali dalam berkomunikasi dengan majikan:

1. Ini bukan kerja saya

Memang dalam job skop itu sudah tertulis apa kerja-kerja yang perlu korang lakukan, tapi kadang-kadanng majikan akan berikan kerja yang luar dari skop sebab dia tahu pekerja  dia berpotensi dan boleh lakukannya. Jadi persiapkan diri untuk belajar perkara baru. Ini mungin boleh berikan korang lebih job stabiliti. 

 

2. Saya akan berhenti jika..

Biasalah bila tengah marah tu tiba-tiba terkeluar ayat ugutan. Dan bila dah terlepas cakap tu memang menyesallah korang sebab sendiri boleh tahu apa yang bakal berlaku kan? Majikan mungkin akan gelar korang "besar kepala" dan terus hantar ke bahagian HR untuk diberi notis. Jangan sesekali cuba ya.

 

3. Saya tak boleh datang hari ini

Sekali sekala ambil cuti sakit atas sebab keadaan kesihatan yang tidak diizinkan itu memang tidak boleh dielakkan, tapi jika makin lama dah boleh agak dah corak permainan dia setiap bulan hari isnin je mesti akan ambil MC. Ketahui lah pekerja yang sering cuti hari Isnin adalah seorang pekerja yang tidak produktif. Sudah-sudah lah sering bagi alasan demam hanya sebab korang rasa malas nak pergi kerja. Lama-lama majikan pun tak boleh tahan.

 

4. Saya tak mampu nak bayar segala bil

Ini bukan masalah majikan jika korang tidak mampu atau apa sahaja. Majikan bukan tempat untuk mengadu-domba dan juga bukan lah banker. Sebaik sahaja korang terima tawaran bekerja, korang juga sudah terima kadar gaji, yang mana mungkin akan bertambah selama mana korang bekerja atas pilihan majikan. Jadi kalau korang berterusan mengadu duit tak cukup, majikan tidak akan sesenang itu bagi increament. Kurangkan cakap dan lebih tindakan. Biar majikan nampak usaha korang.

 

5. Saya kerja sini hanya untuk gaji je

Ini memang langkah yang kurang bijak lah kalau beritahu majikan sebegini. Pekerja yang betul-betul tunjukkan komitment dan berdedikasi memang akan diletakkan pada barisan paling hadapan jika ada sebarang kenaikkan gaji atau jawatan. Jadi jika korang katakan sebegini, memang majikan tidak berapa gemar sebab boleh jadi korang akan sekadar buat kerja cincai pun asalakan gaji masuk setiap bulan. Cuba cari kerja yang memang korang sukakan. 

 

6. Ini bukan salah saya

Apabila ada sesuatu masalah timbul, dalam team ataupun department yang memang melibatkan penglibatan korang, jangan sesekali gunakan alasan "bukan salah saya" untuk nak selamatkan diri. Ianya adalah kerja berkumpulan, jadi bertindak secara berkumpulan dan sama-sama fikirkan apa punca masalah dan cara penyelesaiannya.

 

7. Bos saya yang dulu buat cara lain, bukan macam ini

Tak kira lah korang sedang bercakap mengenai bos lama ke ataupun mungkin dekat company lain diorang guna cara lain. Ianya memang sebolehnya dielakkan. Majikan sekarang korang ada sebabnya tersendiri untuk gunakan kaedah yang berbeza. Mereka  sudah try and error dan kaji kaedah yang bersesuaian dan boleh adapt dengan sistem kerja mereka. Melainkan jika  majikan minta pendapat, baru lah fikirkan adalah cara terdahulu itu boleh digunapakai di company sekarang.

 

8. Saya tak boleh

Ini pun salah satu ayat yang paling dibenci oleh majikan. Kalau boleh ayat ini memang dielakkan sama sekali, terutama sekali apabila majikan minta tolong buat sesuatu dan korang terus cakap "saya tak boleh". Belum buat apa lagi macam mana nak tahu tak boleh? Tunjukkan yang korang bersedia untuk bellajar perkara baru. Katakan pada majikan saya akan cuba dan perlu tunjuk ajar daripada beliau. 

 

9. Bos tak bagitahu pun kena buat kerja tu

Walaupun majikan mungkin terlepas pandang atau terlupa untuk nak maklumkan yang korang kena lakukan kerja itu, tapi jika katakan yang bos tak bagitahu suruh buat pun tak akan jadikan korang pemenang pun. Sebaliknya, korang kena kejar majikan dan tanyakan jika ada sebarang kerja lain perlu dilakukan. Jangan tunggu untuk bos bagitahu apa yang perlu dibuatkan.

 

10. Saya mengantuk lah bos

Walaupun korang berjaga satu malam tak tidur-tidur sebab kena jaga anak kecil ke atau pun ada sebarang kerja perlu dilakukan pada, majikan tak perlu tahu pun apa yang korang lakukan. Jangan biasakan diri beri alasan pada majikan. 

 

11. Ini tak adil bos

Bandingkan diri korang dengan pekerja lain hanya akan buatkan korang nampak iri hati akan kejayaan orang lain. Sebaliknya, highlightkan segala usaha korang untuk nak impress majikan dengan lakukan kerja dengan baik. Tak perlu nak point out yang pekerja A diberii layanan first class daripada pekerja lain sebab itu lah kerja dia tip top apa. Elakkan sebegitu.

 

12. Minta maaf lambat bos. Saya ada temuduga kerja tadi

Wow ini memang berani mati betul. Tak ada majikan yang tak akan terkejut bila korang beritahu begitu. Walaupun korang rapat dengan supervisor atau bos sendiri pun, ianya memang tak patut untuk beritahu yang korang menghadiri temuduga kerja lain. Kalau betul mahu cari kerja, lakukan secara tertutup. Pergi intereview pada waktu lepas kerja atau semasa lunch break.