Kisah Mengharukan Pecinta Kucing Yang Sanggup Tinggal Di Kawasan Peperangan Demi Menjaga Kucing Terbiar - Maukerja.my
# Trending Semasa

Kisah Mengharukan Pecinta Kucing Yang Sanggup Tinggal Di Kawasan Peperangan Demi Menjaga Kucing Terbiar - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Nov 20, 2023
pada 7:23 AM

Siapa sahaja yang tak jatuh sayang bila tengok muka kucing yang comel dengan gelagatnya yang manja. Rasa kesian pula bila ada sahaja kucing jalanan yang datang minta makanan di kedai-kedai makanan. Ada yang sampai pungut kucing terbiar dan bawa balik, mandikan dan jaga dengan penuh kasih sayang. Itu lah sifat kucing yang boleh buatkan orang lain jatuh kesian dan sayang pada mereka. 

 

 

Cuba letakkan diri korang dalam situasi di mana peperangan berlaku dan ramai-ramai penduduk berhijrah ke tempat lain yang lebih baik untuk melarikan diri daripada peperangan. Kesemua kucing yang dahulunya bertuan semuanya dibiarkan berkeliaran tanpa makanan. Apa yang mahu korang lakukan? Antara turut sama berhijrah ke negara yang lebih baik ataupun terus tinggal dan menjaga kucing yang berlambakan terbiar di jalanan? Pilihan yang sukar kan? 

 

Abu Hurairah di Aleppo

 

Buat Mohammed Alaa Jaleel, berikutan peperangan yang berelaku di Aleppo, Syria yang mengorbankan berjuta nyawa, dia tetap tegas untuk menetap di Aleppo demi menjaga kucing-kucing yang ditinggalkan begitu sahaja tanpa makanan. Dia digelar Abu Hurairah yang bermaksud Bapa Kucing iaitu gelaran yang digunapakai dalam bahasa Arab oleh kerana sifatnya yang begitu penyayang pada kucing. 

 

Kesemua kawannya berhijrah, yang tinggal hanyalah kucing

 

"Saya akan tetap tinggal bersama mereka (kucing-kucing) walau apa pun terjadi." Sungguh murni jiwa seorang Alaa Jaleel ini. Bayangkan rata-rata penduduk Aleppo kesemuanya berhijrah ke negara jiran seperti Turkey termasuklah kawan-kawannya, tetapi dia tetap tegas untuk tinggal walau peperangan berlangsung sekali pun. Dia telah ditemubual dalam rancangan BBC yang memaparkan dia menjaga sebanyak lebih kurang 100 ekor kucing yang majoritinya ditinggalkan oleh tuan atau keluarga yang berhijrah ke tempat lain.

Cuba saksikan video klip temubual bersama BBC ini tentang kehidupan Abu Hurairah Aleppo dalam menjaga kucing:

Lihat lah berapa banyak kucing yang dia ada. Sehinggakan kesemuaa penduduk di Aleppo kenal dan tahu dia menjaga kucing jadi mereka tinggalkan kucing kesayangan mereka pada Alaa Jaleel untuk dijaga. Faham bahawa apabila mereka berhijrah ianya sukar untuk membawa haiwan peliharaan bersama. Tetapi dengan usaha murni dia, kucing-kucing di Aleppo tidak dibiarkan kelaparan.

 

Jadikan ini sebagai inspirasi hidup

Kita selalu dengar cerita atau ternampak kelakuan orang yang tak bertanggungjawab yang mendera kucing jalanan. Mereka tak bersalah dan tidak perlu untuk diperlaku sebegitu sekali. Apakah salahnya kalau beri makanan pada mereka kan? Bukannya mereka minta banyak, hanya sisa makanan pun sudah cukup. Rasanya ada ke, orang yang sanggup untuk tinggal demi menjaga kucing kalau perkara sebegini terjadi?