Jangan Main Sembur Je! Kenali 4 Jenis Perfume Yang Sesuai Dipakai Waktu Interview - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Jangan Main Sembur Je! Kenali 4 Jenis Perfume Yang Sesuai Dipakai Waktu Interview - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Oct 13, 2016
pada 4:47 AM

Dah ready nak hadiri temuduga kerja idaman korang? Resume 10 kali betulkan & dah mantap, baju siap digosok tanpa ada kedut pun nak tampakkan first impression interviewer. Apa lagi yang tertinggal ye? Perfume? Patut ke tak pakai? Takut perfume ni tak sesuai pula untuk dibawa ke temuduga kan?

Sebut perfume je, terus sembur. Siapa tak suka nak berwangi  sepanjang hari kan? Terasa lebih yakin bila bau badan sendiri wangi je, mood okay  je nak buat apa pun yakin. Tak salah nak sembur perfume kegemaran sendiri. Namun, untuk interview korang perlu tahu beberapa jenis wangian ni supaya tak silap pilih untuk interviewer membaunya. Ini 4 jenis wangian yang kami cadangkan sesuai untuk korang pakai waktu interview :

1. Wangian Jasmin (Menaikkan keyakinan)

Rasa insecure je memanjang risaukan portfolio korang, takut tak memadai untuk jawatan kosong tu. Kalau nak tahu, aroma jasmine ni berupaya untuk menaikkan mood & wujudkan rasa optimis serta keyakinan. Nak lebih yakin? Haa pilih lah wangian atau perfume yang berbau jasmin & terus tampak yakin untuk temuduga yang bakal jadi kerjaya tetap korang!

2. Aroma grapefruit untuk keceriaan interviewer

Setiap kali berdoa & harap boss sentiasa happy & good mood supaya dapat jawatan kerja yang korang idamkan selama ni. Tipu lah kan korang tak pernah buat macam tu? Ni alternative kami cadangkan kepada korang kalau nak buat boss happy & tak stress tengok muka korang : semburkan lah wangian beraroma grapefruit kerana baunya sangat menyegarkan & mampu mengembirakan seseorang.

3. Lavender yang menenangkan

Korang cepat rasa nervous? Nervous perkara wajib korang akan rasa setiap kali nak hadiri temuduga, memang tak dapat nak dielakkan. Wangian lavender ni menghasilkan bau yang sangat menenangkan & mampu bantu korang untuk hilangkan nervous & fokus pada sesi interview korang nanti.

4. Peppermint memantapkan produktiviti

Selain mempersiapkan diri untuk interview dengan resume yang mantap, wangian yang korang gunakan juga main peranan untuk beri sedikit aroma bagi menaikkan mood interviewer. Macam mana lah pulak nak tunjuk yang korang ni sentiasa fokus & efisyen? Lebih meyakinkan lagi kalau korang gunakan semburan wangian Peppermint! Tepat sekali, wangian jenis ni lebih sesuai untuk meningkatkan produktiviti & fokus.