4 Kategori Yang Menyebabkan Masalah Sebegini Berlaku Dalam Dunia Kerjaya
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

4 Kategori Yang Menyebabkan Masalah Sebegini Berlaku Dalam Dunia Kerjaya

post by Izuan

by Izuan

Oct 13, 2016
pada 6:10 AM

Habis belajar dan mula kerja, suka atau tidak terpaksa ambil memandangkan dah tak tahan menanganggur lama sangat. Nak tunggu benda yang kita suka, ibarat "bulan jatuh ke riba" lah jawabnya. Namun bila dah dapat kerja tak pernah rasa tenteram dan tenang kerana masalah dengan kerjaya.

Berdasarkan pemantauan kami, bermacam-macam jenis cerita di tempat kerja mereka berlaku, pendek cerita kebanyakkannya akan menghadapi situasi yang begitu 'common' seperti kurang keyakinan, tertekan dan tidak gembira dengan kerja yang dilakukan, masalah kewangan, dan andaian yang salah terhadap situasi seseorang pekerja.

Ini disebabkan terdapat beberapa cabaran besar yang terbahagi kepada empat kategori, jadi disini kami huraikan kategori tersebut yang menjadi punca masalah tersebut. 

1. 'Career Setback'

Pernah dibuang kerja, diturunkan pangkat, terikat dengan pelan prestasi kerja yang majikan tetapkan ataupun sedang mengalami regangan pengangguran.

2. Tiada Hala Tuju Kerjaya

Ada kerja, mungkin dah berapa kali menukar pekerjaan tetapi merasakan tak ada passion, tidak digunakan sepenuhnya, tiada semangat dan tak dihargai. Ia membuatkan individu tersebut rasa tak puas dengan apa yang dilakukan. Dah bermacam-macam kerja cuba, tapi satu pun tak ada yang padan dengan diri. Sampai keliru hala tuju kerjaya.

3. Keinginan Menukar Arah Kerjaya

Dah ada kerjaya, tapi kamu merasakan bahawa masanya untuk mencuba sesuatu yang baru (menukar profession). Kamu mahu melibatkan diri dalam industri lain atau mengasah kemahiran baru, tetapi tak tahu bagaimana. 

4. Terlalu Cepat Membuat Andaian Kerja

Kamu dah ada kerja, dan kerja tersebut memang kena dengan apa yang kamu mahukan, pendek kata cita-cita dah tercapai, tapi kamu tak mara kehadapan ataupun kamu tak dapat apa yang kamu mahukan dalam pekerjaan tersebut. Kemudian kamu cuba lakukan macam-macma cara untuk dapatkan lebih lagi mengikut kadar kemahuan kamu.

Terlalu ramai orang gagal untuk menyelesaikan masalah kerjaya mereka kerana mereka telah meyakinkan diri mereka keadaan mereka adalah terlalu kompleks. Mengapa? Mereka cuba membetulkannya sendiri tetapi gagal.

Dari situ mereka rasakan tiada lagi harapan dan gagal, maka wujudlah masalah dalam kerjaya. Kami sarankan bersihkan segala rumit yang ada dalam minda, analisis segala fakta dan tanya semula diri. 

Manusia ini suka membesarkan perkara yang kecil, Jadi, cuba beri peluang kepada diri sendiri, cari sumber yang boleh menangani isu kamu.